[FE] Cintailah Yang Hakiki

in

 Bismillahirrahmanirrahim.

“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”

(HR Bukhari)
  


Memilih untuk mencintai Allah, kita telah memiliki segala-galanya. Nikmat apa lagi yang hendak didambakan melainkan syurga Allah yang tidak ternilai darjatnya dan syafaat baginda Rasulullah SAW di mahsyar kelak.

Bagaimana mungkin untuk mendapatkan syurga Allah andai  tidak mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan?

Bagaimana mungkin untuk melaksanakan perintah dan suruhan-Nya dengan hati yang ikhlas tanpa hadirnya cinta yang pertama dan selamanya- cinta kepada Allah.

Ayuh! Kita berusaha untuk mendapatkan cinta Allah– cinta yang tidak pernah luntur dan mengecewakan.

Tiada mahabbah tanpa ma’rifah – kenali Allah dan cintai Allah sepenuhnya-  Ya Rabb!!



Kisah Sahabat:
Saad Bin Muaz adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW  yang berkulit hitam pada masa itu malah dikatakan jauh lebih hitam daripada Bilal. Saad memeluk Islam pada usia 31 tahun dan syahid pada usia 37 tahun, seorang yang tinggi iman dan cintanya kepada Allah.

Ketika berhijrah ke Madinah, beliau ingin mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya seorang perempuan di Madinah.  Disebabkan kulitnya yang hitam, pinangannya ditolak berkali-kali. Rasa kecewa menyelebungi lalu mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana berkulit hitam sehingga pinanganku ditolak  berkali-kali?". Lalu, Rasulullah berkata, “Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”. 

Lalu, Saad dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Mereka dilayan dengan baik oleh bapa wanita tersebut. Di saat hajat mereka disampaikan untuk meminang anaknya, si bapa sangatlah gembira kerana menyangka anaknya dipinang oleh  Rasulullah. Kejujuran Saad menyatakan bahawa beliaulah yang ingin meminang anaknya itu. Si bapa menjadi marah dan menghina Saad yang berkulit hitam ingin berkahwin dengan anaknya yang cantik.

Perempuan tersebut menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad Bin Muaz yang merupakan seorang yang dijamin oleh Rasulullah. Lalu, si bapa pergi mengejar  Saad dan meminta maaf serta menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. 

Dan Rasulullah menyuruh Saad membeli kelengkapan perkahwinannya. Ketika sedang membeli keperluan perkahwinan, Saad terdengar seruan jihad daripada Rasulullah, “Wahai pemuda2 Islam, bersiap siaga segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita." Lalu, Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang, baju perisai dan kuda.

Saad segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat yang lain . Disebabkan baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali . Takdir Allah, Saad  syahid  dalam peperangan tersebut. Berita syahidnya Saad disampaikan kepada Rasulullah.

Rasulullah berkata, “Di saat kematian Saad bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya walaupun hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.

Allahu Akbar!

Betapa tingginya nilai Islam dan kecintaan beliau kepada Allah dan Rasulnya sehingga dimuliakan oleh Allah sebegitu.  Apakah kita sama sepertinya?

Jika cinta kepada Allah yang  pertama, jadilah cinta itu cinta yang ‘high class’. Segalanya bercinta dan berkasih sayang kerana Allah.

Secangkir kata setulus hati buat sahabat-sahabat :

Jika ada sesiapa pinta CINTAMU, katakana ianya hanya pada Allah 
Jika ada sesiapa pinta RINDUMU, katakana ianya hanya pada Rasulullah 
Jika ada sesiapa pinta KASIHMU, katakana ianya hanya pada IbuBapa-mu 
Jika ada sesiapa pinta SAYANGMU, katakana kau menyayangi saudara Muslimmu 
Jika ada sesiapa pinta KEIKHLASANMU, maka berilah ia pada yang benar-benar menghargainya

~Jadikanlah Cinta Allah dan Rasulullah melebihi segala-galanya~



“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As Syafie)



[H.H]
Fustateleven ®





GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

1 comment:

  1. Allahummayaa Muqollibal Qulub... Stabbit Qulubana 'ala Dinik..amin

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers