Bismillah
Pada 15 Februari 2013, pelajar ikhwah GEN11US telah berjaya mengadakan aktiviti PAINTBALL GEN11US di bawah Biro Sukan dan Aktiviti Luar(BSAL) bertempat di Rafaheya, Giza. Perjalanan yang agak jauh bermula daripada Metro Sayeda Zeinab hinggalah ke stesen terakhir mengahala ke Giza iaitu Munib. Mengambil masa lebih kurang hampir 30 minit akhirnya selamat tiba ke destinasi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah paintball, futsal, soccer soap dan video games.
Dalam aktiviti ini, ternampaklah bakat-bakat terpendam ahli-ahli GEN11US yang sebelum ini kelihatan pendiam di dalam kelas akhirnya menunjukkan sikap sebenarnya di medan ‘perang’. Aktiviti yang berjalan selama 2 jam itu telah Berjaya merapatkan lagi ikatan hati antara ahli-ahli GEN11US yang selama ini mungkin sibuk dengan kuliah dan peperiksaan.
" العقل السليم في الجسم السليم " kata Arif Imran selaku pengarah program PAINTBALL GEN11US.
Antara objektif program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang aktif bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga fizikal dan aktiviti luar. Selain itu, aktiviti seperti paintball ini juga dapat melahirkan semangat jihad dalam diri ahli-ahli GEN11US.
وألف بين قلوبهم لو أنفقت ما في الأرض جميعا ما ألفت بين قلوبهم ولكن الله ألف بينهم إنه عزيز حكيم
Dan yang telah menyatukan hati-hati mereka, sekiranya kau menginfaqkan seluruh harta kamu(untuk menyatukan hati) nescaya tidak akan mampu tetapi hanya Allah jua yang menyatukan hati mereka, sesungguhnya Dia Maha Kuat dan Bijaksana [8:63]
Biro Sukan dan Aktiviti Luar GEN11US 2012/2013
nice one
ReplyDelete