[FE] Kisah 3 Anak Pn Pancreas

in

Bismillahirrahmanirrahim.

"Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat."
(HR Bukhari)


Dulu, kini dan TIDAK selamanya, wujud 3 saudara; Glucagon, Insulin dan Somatostatin. Lain karakter, lain peranannya tapi sama ibunya, Puan Pancreas.

Glucagon seorang yang sangat pemurah. Habis semua penduduk Darah diberinya sumber gula. Tauke gula mungkin, pekerjaan si Glucagon. Glucagon sangat dicintai masyarakat Darah kerana sikap pemurahnya dan baiknya. Lagi satu info, Glucagon juga sangat baik terhadap saudaranya, Insulin.

Insulin seorang yang aneh. Sikap tegas dan diktator wujud dalam dirinya. Budi Glucagon yang dahulunya menggalakkan beliau berkecimpung dalam bidang politik dibalas dengan tuba. Dia dibenci oleh masyarakat Darah. Sebab apa? Habis semua hasil tenaga diambil dan digunakan, malah Glucagon yang pemurah juga didiamkan. Ujarnya, masyarakat akan bisa sakit dan malas jika berterusan dibiayai. Ya, mungkin betul.

Sebenci-benci masyarakat Darah terhadap Insulin, benci lagi mereka dengan Somatostatin. Malah kebencian ini sehingga bocor ke Otak yang menginterpretasi, Lidah yang menyebarkan dan Tangan yang menaip betapa durjananya Somatostatin. Sanggup tikam belakang dua saudaranya sendiri, kononnya. Tapi, aneh. Somatostatin rela dibenci. Yang pasti masyarakat Darah akan punya bekalan lama dan mampu bertahan sehingga datang sumber seterusnya. Dihalangnya Glucagon jika terlebih pemurah, dihalang juga Insulin tatkala kuasa merasuk diri.

Jadi, siapa durjana? Kalau tidak wujud salah satu daripada mereka, Diabetis Mellitus atau hypoglycemia melanda.

Pengajaran :     1. Mungkin sesetengah orang nampak tegas dan garang dan mungkin juga penikam belakang. Tapi, sebelum anda “judge”, “stop” dan “think” dalam persepsi dia, dalam suasana dia. Kalau dia salah, ya, silakan tegur dengan berhikmah bukan condemn tak tentu pasal.
                        2. Pemimpin kita hari ni pun macam ada 3 jenis ni. Ada yang over baik tapi sikit (25%) berbanding dengan yang diktator ni (60%). Tapi kadang-kadang ada diktator yang  bagus juga. Cuba tengok Tun, Diktator dan maju negara kita dibuatnya. Tapi yang sangat susah nak cari ialah pemimpin yang adil. (10%) Orang sekilas pandang boleh benci dengan cara dia, tapi untuk jangka panjang, orang akan faham malah menyanjunginya.

P/s: Maaf, unsur medik berlebihan.


“Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
 (Imam As-Syafie)
Selamat Ber-Mumtaz!



[AnAA]
Fustateleven®

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

4 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers