Bismillahirrahmanirrahim.
“Dari
Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah
daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR
Bukhari)
“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa
yang kurang sempurna dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan segala sesuatu ada
ukuran disisiNYA.”
Surah Ar Ra’d ,ayat 8
Bayangkan anda semua di alam rahim..
Rahim ibu anda ….
Di saat mak korang bergerak ,
terhentak dan sebagainya, ada korang turut merasainya? Tidak kan ? Rasanya
semua aman je duduk dalam perut mak. Boleh menendang-nendang lagi kalau tak
dapat apa yang korang nak. Eh, betul?
Lihat diri korang sekarang, sempurna
2 kaki, 2 tangan, 10 jari kaki dan 10
jari tangan tanpa ada percantuman antaranya. Dan korang bebas untuk melakukan
apa juga pergerakan dengan sebebas-bebasnya. Ahhh..Syukur kepada Allah!
Sewaktu dalam perut mak, korang
pernah tiba-tiba rasa panas andai kata mak korang tiba-tiba demam? Seingat
saya, saya tak pernah rasa sebegitu. Cehh..macam ingat! Eh, betullah! Macam
mana sel-sel kita nak melakukan tumbesaran
kalau suhu tak sesuai. Iye?
Bila korang dah lahir, apa yang
korang tahu?
Ah, korang tahu isap susu je. Tak
perlu nak fikir sangat apa yang korang tahu. Semua bayi macam tu la.
Sebab apa? Sebab kita semua dah
praktis dalam perut mak lagi. Ye la,
kita kenalah praktis supaya kita tak terkejut bila ke luar melihat dunia yang
penuh dengan onak duri ni. Eh, ada kaitan?Mestilah ada!
Bertujuan juga supaya organ-organ kita pun tak “culture shock” bila
semua benda nak makan bila dah ke dunia nanti.
Sekurang-kurangnya, waktu kita praktis menghisap cecair waktu dalam
perut mak tu, lidah kita dah dapat berfungsi dengan membezakan manis, pahit,
masam ,dan masin.
Sistem usus juga bersedia untuk
berfungsi menyerap dan ginjal turut bersedia untuk berfungsi proses penyaringan
cecair tersebut dari darah.
Tahukah korang?
Cecair apa yang membantu korang
semua untuk fungsi-fungsi kat atas tu??
Yang membantu korang melindungi diri
dari serangan luar semasa dalam perut mak korang, yang membantu melicinkan
tumbesaran sel-sel badan sehingga korang beroleh fizikal yang sempurna tanpa
ada percantuman antara jari-jari korang, yang membantu korang untuk praktis
menghisap ketika dalam perut lagi. ~tak sabor benor~ ish3x…
Cecair tersebut adalah ‘ air ketuban’ . Dan kalau
korang-korang yang belajar medic ni, air ketuban ni dipanggil apa? …. Amniotic
Fluid! YES!!
Subhanallah, sungguh ajaib apa yang
diciptakan Allah. Air ketuban ni special tau. Tahu sebab
apa?
Bila ada janin dalam rahim seseorang
wanita itu sahaja akan wujudnya air ketuban ini. Tidak lain tidak bukan
hanyalah untuk kepentingan janin itu sendiri dan juga untuk si ibu. Of course
la! Takkan semua korang nak ambil kepentingannya,bagi la kat mak sikit. Dah
tolong bawa dalam perut pun dah bersyukur tau!!
Bagi si ibu, air ketuban ini membantu
ketika proses kelahiran, dimana pecahnya
air ketuban menunjukkan tanda-tanda nak melahirkan . Air ketuban ni juga
membantu dalam sterilkan vagina si ibu agar si bayi terhindar dari sebarang
infection / jangkitan apa-apa semasa proses kelahiran berlaku. Ala2 antibiotik
gitu la~ Subhanallah hebat kan??
Tambahan lagi, apa yang kita minum ketika dalam rahim adalah hasil buangan anda sendiri. Sebab kita semua isap air ketuban ni dan dibuang melalui proses-proses yang dilakukan oleh perut dan ginjal kita, lalu cecair ini masuk semula ke 'surrounding' kita sewaktu dalam perut mak.
See!!! Betapa hinanya kita suatu masa dahulu, tapi sekarang bila dah jadi hebat mudah untuk riak dan takabbur. Sedangkan air minuman kita suatu masa dahulu adalah najis kita sendiri.
Justeru, bersyukurlah kita semua kerana diciptakan sempurna dari alam rahim hingga ke alam dunia. Alhamdulillah ~ Namun, bagaimana pula dengan hidup kita di alam selepas ini? Sempurna atau tidak?
Renung-renungkan.. Setakat mana sudah amalan kita? Bersediakah kita untuk menuju ke alam seterusnya? Jangan lupa terus dan terus, korek dan korek apa yang terkandung dalam Al Quran. Sesungguhnya segalanya telah diceritakan di dalamnya.~

Wallahu’alam..
“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang
berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang
berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As Syafie)
[HH]
Fustateleven ®
T.T
ReplyDeleteterbaik!
ReplyDelete:D
ReplyDelete