Sampaikan Aku ke Ramadhan

in



Assalamualaikum semua… ^_^

Apa khabar iman sihat? Takwa cergas? Rohani kuat?? Jasmani tangkas?

Moga semuanya sihat dalam lindungan dan kasih Allah s.w.t, tuhan yang maha pengasih lagi maha peyayang.. selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., juga syukur atas nikmat iman dan islam yang kita kecapi pada hari ini..


Hati riang ramadhan datang
Bulan tarbiah jiwa dan hati
Ikhwah akhwat mari berjuang
Perbaiki amalan cantikkan budi…


Alhamdulillah...post ini aku nukil, setelah tamat exam oral biochemistry...

Berlari pulang ke rumah.... tak sabar nak menulis tentang ramadhan, termengah-mengah apabila sampai ke rumah. "Assalamualaikum… ada orang tak??" sapaku…

"Oitt?? Kata oral, awalnya kau balik?", ujar sahabatku..

"Habis awal bro…. datang terus oral, okla, aku nak buat post ramadhan ni, exited sangat, dah.. jangan kacau aku", ucapku penamat bicara…..

Lantas, jari mula menari di papan kekunci, info dicari penambah kualiti, ilmu diteliti buat saudara saudari, dan kini hampir ramadhan kembali...


Hai semua ^_^...

hari ni berbicara pasal ramadhan....

bulan yang sangat indah dan dinantikan...

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya ,menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:


1. Solat sunat tarawih.

2. Solat-solat sunat yang lain.

3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.

4. Memberikan hidangan berbuka puasa.

5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).

6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.

7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.

8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya



Hazrat Salman رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban:

"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang mana Allah سبحانه وتعالى telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah سبحانه وتعالى padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain."

Ia adalah bulan kesabaran di mana ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjaran pahalanya.



Sahabat-sahabat رضي الله عنه lalu berkata, 

"Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Allah سبحانه وتعالى memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisipan susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Bulan ramadhan terbahagi kepada 3:

1.Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat

2.pertengahannya keampunan 

3.dan akhirnya kelepasan dari api neraka. 


Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah dalam bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah:


1. Penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah 

2. Kamu memohon istighfar daripadaNya. 


Sementara dua perkara yang kamu perlukannya ialah :

1. Memohon syurga dari Allah سبحانه وتعالى dan 

2. Meminta perlindungan dari api neraka.


''Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah سبحانه وتعالى akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.''
(Hadis riwayat Ibnu Huzaimah, Baihaqi dan Ibnu Hibban)



Sumber: Kitab Fadhilat Amal @ Fadhilat Ramadhan (Bab 1 Hadis 1 m/s 1)
Karangan: Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria rah.a


Moga kita sama-sama tingkatkan amal, untuk mencapai redha Allah… dan moga bulan ramadhan menjadi bulan tarbiyah buat kita , agar istiqamah patuh dan cinta kepada Allah tuhan sekalian alam…


Nah pantun sikit:

Deruan ombak singgah dimuara.
Guguran daun menyembah bumi.
Kalau ada tersilap bicara.
Jangan disimpan didalam hati.



p/s: panjang pulak karang...aku patut jadi penulis skrip ni.. Btw, Good luck exam. Moga najah bersama kita.


GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers