Bukan Cuti Biasa

in




Alhamdulillah… kini tiba musim cuti… di balik tabir bulan tarbiyah, ramadhan yang betul-betul kita nanti, bulan mendidik hati untuk cekal tabah dalam mujahadah… apa khabar iman? Sihat? Moga-moga sihat selalu.

Ikhwah akhawat….

Masihkah kalian ingat? saat waktu dahulu… cuti sangat kita nantikan semasa zaman persekolahan. Saat itu, kita di bawa keluarga keluar melancong dan bergembira menikmati waktu indah bersama, detik-detik itu seakan menjadi warna-warna indah menghiasi coretan kamus hidup kita… itu cerita dulu…




Kini kita membesar dewasa…

Setiap saat dan detik sangat berharga, sesaat sungguh bermakna. Masa remaja inilah yang akan bentuk kita masa dewasa. Jika kerjaya seorang doktor, sesaat mampu menyelamatkan nyawa, kerjaya jurutera, sesaat sangat bermakna dalam mengendalikan jentera, bagi seorang ayah, sesaat sangat bermakna untuk keluarga, meskipun hanya senyuman yang bertandang dibibir buat keluarga, bagi seorang pelajar, sesaat sangat bermakna buat menimba ilmu, dan bagi seorang yang baru meninggal dunia, sesaat sangat bermakna untuk kembali ke dunia untuk taati tuhan yang esa setelah bertarung dengan sakit sakaratul maut..….

Persoalannya? Adakah cuti kita bermakna? Atau sekadar rehat goyang kaki? Ataupun kita gunakan dengan penuh manfaat dalam memajukan diri……sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah… coretan hidup kita, kita yang corakkan, lakarlah ia dengan lukisan kejayaan dan kemenanga. Tidak salah untuk kita rehat tenangkan minda dari segala kekusutan dan kecelaruan , tapi.. pandulah ia seiring dengan redha tuhan. 

1. Gunakan cuti ini sebagai medium tarbiyah untuk lebih dekat dengan Allah

2. Sentiasa memperkemas ibadah fardu dan pertingkat ibadah sunnah
3. Gunakan waktu yang ada untuk berbakti kepada ibu bapa.

4. Ikhlaskan diri untuk sentiasa muhasabah diri tentang segala kesilapan yang pernah dilakukan.

5. Jadikan cuti sebagai medium memperkemas jentera ilmu yang sedia ada dengan sediakan diri fizikal dan mental sebelum tiba musim pembelajaran.

6. Pastikan keselamatan diri sentiasa diutamakan, ingatlah orang yang tersayang..

7. Melawat dan melancong melihat kekuasaan Allah, jauh perjalanan luas pemandangan.




Dalam kekosongan hati kita, isilah dengan cebis-cebis usaha dekati illahi, Allah buka pintu rahmatnya seluas-luasnya buat hambanya, kasih sayang dan cintanya bukan biasa, maka.. Jadikan cuti ini medan untuk pertingkatkan kemampuan diri. Jadikan hati sentiasa dekati illahi, manfaatkan setiap detik yang ada demi hari yang kekal abadi, akhirat yang sedia menanti, kerana kita tak selamanya di bumi. 

Salam ukhwah dari penulis yang mengemis, melutut, menagih kasih illahi, moga bertemu naik cuti nanti..



GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers