KISAH QASEH: DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH, HANYA KASIH UNTUK BERKASIH.

in



**mendengar tajuk sahaja sudah gah.bukan?huh.


DENGAN NAMA YANG MAHA ESA.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Situasi 1
Tarikh: 20 Ramadhan 1433H
Tempat: Di Mall SUGUS


"Tahun ni kita pakai baju merah celup hijau sket.tgh trending."

"Haah.lawa jugak.tabur labuci dkt kancing lengan.fuhh lawanyeee." *mata bersinar sambil berkhayal*

"Taun depan kita pakai polkadot oren ungu pulak.eeee.. tak sabarnyaa…"



Situasi 2
Tarikh: 20 Ramadhan 1433H
Tempat: Surau haji Mahmud satay


Sebaris umat yang mengerjakan tarawikh
8 orang.
Semuanya ajk masjid.
8 rakaat
Al-Kautsar dan Al-Ikhlas
Diulang-ulang.
Seolah-olah tiada surah lain dlm quran

Saban tahun,seolah hampir seputar sketsa ni yang berulang.


***


Umur menginjak sekitar 20-an
Ramadhan yang dilalui sejak baligh sekitar 7-8 kali
nota kecil:
tanda baligh ada tiga
cukup 15 tahun bagi laki-laki dan ppuan
"mimpi"
Keluar haid bagi ppuan 



Syawal yang dirai,sejak diri belum mengenal a,b,c
Namun setiap kali pertengahan Ramadhan
Masjid menjadi kosong
Mall menjadi tumpuan
Bila ditanya, kononnya persiapan Syawal
Utk mendpt sunnah memakai pakaian baru di pagi syawal
Namun sunnah di Ramadhan rancak ditinggal
Mengapa ketika Rejab dan Syaaban mula menjelang
Tidak dipenuhkan ilmu-ilmu dan persiapan Ramadhan
Bidasnya peperiksaaan
tak cukup masa untuk mengulang
Tambah-tambah nak beli cenderamata utk yang tersayang
Huh.alasannya jangan dibilang.
tak cukup jari kaki dan tangan. oh alasan.



Lailatulqadar.
Sudah sering mendengar fadhilatnya
Bertemunya?entah bila.
Persiapan?sekadar melepaskan batuk ditangga
Itu pon batuk yang dibuat-buat
Tiada rasa sedetik rasa ingin bertemu
Lagi sibuk menghitung belanja raya
Puasa pon sekadar cukup syarat
Niat di mlm hari
Siap berirama lagi
Siangnya seperti biasa
Quran masih di pinggir
Tv dan internet bergilir
Jam 5 di bazar
Membeli umpama orang kebulur
Kalah rakyat di Afrika.



Astagfirullah.

Astagfirullah.

Astagfirullah.

“ RAMADHAN BULAN MEMBUAT KEUNTUNGAN”



Jadi ayuhlah merebut sebanyaknya ganjaran
Seolah tidak lagi ketemu ramadhan pada tahun hadapan
Tatkala dosa bertimbun mencecah awan
Pintu syurga menanti kau pulang.
Pulanglah ke pangkal jalan.
Hari sudah petang.





Grafifti di dinding,
::pemudaskemasikattepi::



GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers