GEN11US OUTING (GO!)

in




  Sempena cuti musim sejuk yang telah dilanjutkan selama dua minggu akibat daripada ketidakstabilan politik di negara Mesir, pihak pimpinan batch GEN11US telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program berbentuk jaulah khusus bagi akhawat GEN11US. Pada 4 hingga 5 Mac 2014 yang lalu, bertempat di Ain Sukhna, program yang diberi nama GENII’S OUTING (GO!) telah berjaya dilaksanakan. Seramai 50 orang peserta termasuk musyrif telah menyertai jaulah ini.



    Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk membawa ahli batch ke salah satu tempat peranginan yang menarik di Mesir, mengukuhkan ukhuwah menerusi aktiviti bersifat kumpulan (team building), menambah kemahiran dengan aktiviti yang pelbagai. Selain itu, program ini diharap dapat mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli GenII dan menambah tsaqafah sambil beriadah.

  Ajk pelaksana bagi program ini kebanyakkannya terdiri daripada pimpinan batch GEN11US sendiri, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar, Hafizati Ishak yang merupakan pengarah bagi program ini. Program ini juga sebagai satu medium kerjasama yang melibatkan semua biro. Antara aktiviti yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini ialah, Medteam, Let’s Play, Destiny dan Now, Let’s Explore.










    MedTeam merupakan satu slot yang berbentuk puzzle berkaitan silibus yang dipelajari. Slot ini diselia oleh Biro Akademik. Let’s Play pula aktiviti oleh Biro Sukan dan Aktiviti Luar. Pelbagai sukaneka menarik yang dipertandingkan seperti The Quidditch, The Shortest One, Build it! dan Get ‘Em Out. Tidak dapat dinafikan, akhawat GEN11US sangat aktif bersukan. Selain itu, Destiny pula adalah slot oleh Biro Pembangunan Insan merupakan sesi teori dan praktikal tentang pengurusan jenazah, khususnya dalam bab memandikan dan mengkafankan jenazah. Meski para peserta agak kepenatan dek bersukan di siang hari, namun, mereka masih mampu memberi respon yang baik. Slot terakhir jaulah ialah Let’s Explore. Menerusi slot ini, ukhuwah antara mereka dilihat makin erat melalui kerja berkumpulan.





     Jaulah ini turut disertakan dengan sedikit pengisian daripada peserta sendiri. Antaranya, kisah dua orang pemuda yang dikisahkan dalam Al- Quran oleh Noha Nabila dan tazkirah pagi oleh Nurizati Hamizah. Program berakhir pada pukul 11.00 pagi pada 5 Mac 2014 dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah. Kesemua peserta berpuas hati dengan anugerah kumpulan masing-masing.

    Secara keseluruhannya, jaulah 2 hari 1 malam ini berjalan dengan baik serta sambutan para peserta sangat memberangsangkan. Harapan di masa akan datang, jaulah batch seperti ini dapat dijalankan setiap tahun, di samping beriadah dan dapat menambah tsaqafah.




-Biro Sukan & Aktiviti Luar 2013/14-

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers