TRAVELOG –CITY OF KNOWLEDGE – CORDOBA

in

TRAVELOG –CITY OF KNOWLEDGE – CORDOBA



30 JANUARI 2014

Alhamdulillah lebih kurang jam 8.30 malam, kami selamat tiba di stesen kereta api Cordoba. Menaiki train dari Barcelona mengambil masa lebih kurang 5 jam melihat pemandangan yang sungguh indah. Subhanallah =_=

Pengalaman pertama travel bersama akhawat semua tanpa musyrif di malam hari di luar tanah air mengajar beribu erti makna.

Dengan berbekal direction yang dicari, kami mencari bas bernombor 3 untuk ke El Potro (La Ribera). Kalau ikut direction, El Potro akan ada landmark berlampu merah. Tapi disepanjang perjalanan bas tu lampu merah terhijab di pandangan kami. Sampailah bas tu dah habis pusingan perjalanannya. Kebanyakan bas di Spain bergerak dengan pusingan perjalanan yang dijadualkan.

Pakcik bertanya :” Kamu semua nak ke mana? “Ni dah sampai stesen terakhir. Lepas ni akan patah balik ke stesen kereta api untuk memulakan pusingan perjalanan lain pula.”
Kami: (Dengan muka faham. Padahal tak faham apa pun. Cakap dalam bahasa spanish,memang kena buat muka faham.Aduih! )

Alhamdulillah,ada pakcik yang sudi membantu kami. Beekomunikasi berbahasa inggeris, kami menyatakan yang kami nak ke ElPotro. Lantas, pak cik tu pun bercakap dengan pak cik drebar. Nasib baik, pakcik drebar tak minta bayaran lain sebab sepatutnya logik je untuk minta bayaran lain dengan pusingan perjalanan yang lain. Fuhhh! Jimat duit..

Pengalaman sungguh! Pengajaran buat kami. Mungkin selepas ni, kami kena sebut nama tempat kat pak cik drebar nak ke mana sekurang-kurangnya dia tahu ada tourist dalam bas dia yang tak tahu tempat kat situ. At least dia boleh informkan dah sampai tempat yang dituju. Aceeehhhh... ^_^

Sampainya di El Potro,memang agak gelap tempat tu. Patut la kami tak perasan. *Alasan*
Berjalanlah mencari signboard “ Funky Cordoba Hostel”.

Lebih kurang jam 9.30 malam, kami selesai check-in. Dapat bilik 4 orang satu bilik. So, kami berpecah. Sobs3x T.T

Malangnya,hostel ni tak ada free breakfast . Kami kena keluarkan bekal masing-masing untuk jadikan breakfast kami. Sobs3 lagi. T.T

Tapi, hostel dia memang best! Bilik air dalam bilik. Awesome lah!


31 JANUARI 2014

Keesokannya,kami keluar jam 8 pagi, gara-gara nak kejar free entrance ke Mezquita/ Mosque of Cordoba. Kami ni memang pantas bab nak kejar benda free ni. Nak lari dari keluarkan duit. Hak3 >.<

Tempoh free ni dah la tak lama. Sampai 9.30 pagi je. Nasib baik hostel kami berdekatan dengan mezquita. Memang sepanjang hari pertama kami hanya berjalan kaki tanpa sebarang transport digunakan. Menarik bukan ? *Wanna join us? *


Mezquita/ Mosque.


Kawasan dalam mezquita


Our Mosque. Tak kan pernah jadi milik orang walaupun sekarang diambil oleh kristian dan dijadikan gereja. Namun, ukiran dan seni bina Islam  tak akan pernah pudar. Tak akan pernah hilang dek di curi.




Tak akan hilang seni bina Islam


Masih kelihatan itu adalah sebuah masjid. Di bina oleh Khalifah Abd Rahman I pada tahun 785H. Disambung oleh Khalifah Abd Rahman II kemudian Khalifah Abd Rahman III dan seterusnya dilengkapkan oleh Al Hakam II. Menggunakan design Moorish Architechture.

Selangkah kaki melangkah masuk, hati sebak. Sebak membayangkan bagaimana hebatnya suatu masa dahulu ditempat yang sama aku berdiri,di tempat itu juga mereka berdiri untuk sembah Yang Esa. Sebak bila melihat masjid kita dirampas dan dijadikan rumah ibadah agama lain. Dijadikan tempat sembahan selain Allah.

Ayah pesan, untuk istighfar bila masuk masjid yang dijadikan gereja. Kemungkinan dosa-dosa kita, Islam masih belum menang sekarang. Astaghfirullah...

Disebabkan sudah jam 9.30 pagi, kami yang geng free entrance ni di halau keluar dari mezquita tu. Sedih T.T dihalau keluar dari masjid sendiri.


 Al cazaar – Castle of Christian Monarchs

Our second destination. Al cazaar dari perkataan “ al qasr” bermaksud istana.
Yes. Al Cazaar is istana. But this not real Al Cazaar yang ada di Seville. Di Sevile itu adalah islamic al cazaar. Tapi di Cordoba ini adalah istana Raja Ferdinand dan Isabelle.



Ini taman dalam al cazaar *cantik?* kelip2 mata


 Arch of Triumph

Bunyi macam di Paris bukan? Tapi ini di Cordoba ye. Diikutkan sejarah, ia dibina sempena lawatan Phillip II pada abad ke 16. Tapi tak disiapkan sehingga abad ke 20. Nama lainnya ‘Gate of Bridge’


Roman Bridge


Dalam perjalanan kami menuju ke bridge, tiba-tiba kami disapa salam oleh seorang lelaki Palestin. Memperkenalkan dirinya sebagai Ahmad. Menawarkan untuk menjadi tour guide kami. Dengan bayaran 10 euro untuk bawa ke beberapa tempat yang punya sejarah Islam dengan selitan cerita –cerita funny. Katanya...

Awalnya,kami teragak-agak dengan keraguan untuk menerimanya. Ditambah dengan memikirkan duit yang bakal dikeluarkan.

Akhirnya dia menawarkan hanya 5 euro demi ilmu, makrifah, thaqafah, knowledge yang dicintainya. Rasa ingin berkongsi dan bercerita yang ada pada dirinya membuatkannya tidak berkira dengan duit untuk bayaran. Sebulat kata, kami setuju! *dalam diri masih kurang yakin dengannya*

Dihujung bridge ada satu bangunan yang dinamakan ‘Torre del Calahorra’ – menara kubu of freedom

Dalamnya ada satu muzium yang menempatkan banyak replika dan gambaran keadaan suatu masa dahulu. Banyak ilmu dan knowledge yang dapat diperoleh daripadanya.

Ahmad tanya nak masuk ke tak ke muzium tu. Kami ni teragak-agak untuk masuk. Satu disebabkan duit. Keduanya tak suka masuk muzium. Boleh gitu?

Lalu, kami buat keputusan yang kami tak mau masuk.

Ahmad kata : Kamu semua datang travel bukan selalu. Apa tujuan sebanar kamu semua travel? Dengan duit yang dikeluarkan untuk travel ni, apa yang dicari sebenarnya. Nak suka-suka? Nak ilmu? Kalau nak simpan duit untuk makan, hari-hari kamu makan. Tapi kamu bukan selalu datang ke tempat-tempat macam ni untuk ilmu kan?

Dussshhh! Terkena kat batang hidung sendiri.

Terdiam. Tertunduk. Terpaku seketika semuanya.

Tapi Ahmad ok je. Dia bawa kami ke tempat seterusnya.

Dia bawa kami masuk ke lorong-lorong kecil. Best. Dapat melihat kawasan kediaman mereka di situ.

Kami makan di sebuah kedai makan Muslim. Makan calentito berharga 3.50 euro. Besar dan sedap. Memang seharian makan itu saja. Makan separuh dan simpan malam separuh. Alhamdulillah.

Selepasnya, kami ke masjid- Mezquita de Los Andaluces- untuk solat jamak taqdim.

 Alhamdulillah dapat solat di masjid setelah beberapa hari berada di Spain.

Beberapa masjid yang sudah dijadikan gereja ditunjukkan oleh Ahmad dan diceritakan pada kami. Dari situ, Ahmad menceritakan kami macam mana nak bezakan bangunan tersebut islamic atau tidak.

Sedih melihat banyak masjid di sekitar Cordoba tapi kesemuanya sudah dijadikan gereja.
Seusai petang, Ahmad membawa kami ke satu tempat. Dinding tinggalan Islam. Hanya tinggal separuh dinding yang masih wujud. Memang cantik bergambar di situ.

Kami lalu di satu  street bernama Kairouan. Ahmad tanya nak tahu kenapa dinamakan Kairouan?

Dihujungnya, ada satu monumen yang dibina sempena kerjasama antara Kairouan dan Cordoba suatu masa dulu. *Kairouan adalah satu tempat di Tunisia*



Di situ juga ada monumen Ibn Rush.




Kami masuk ke dalam lagi sambil melihat kawasan Jewish Quarter. Dan kami bertemu satu monumen Musa ibn Maimun – merupakan seorang anak murid Ibn Rush tetapi seorang Jews
Kemudian, ke monumen Anas ibn Ghofeoui – seorang pakar mata – pakar mata adalah seorang Islam.

Seterusnya, ke monumen Ibnu Zaidun dan story of Wilada. Wilada ni adalah seorang anak perempuan kepada sultan Abd Rahman. Cerita mereka ni sedih kerana akhirnya kedua-dua mereka tak bersama di dunia ni. T.T

Dalam perjalanan kami pulang ke square center, kami sempat masuk ke sebuah gereja. Kebetulan gereja dibuka kerana dah tiba waktu solat mereka. For the first time and last time we go inside the church to see how they pray and they purify theirselves from the sins that have been done.

Kami nampak seorang perempuan menangis-nangis selepas bertemu dengan paderi diorang yang dianggap telah mengampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan.

Alangkah seronoknya, kalau kita juga menangis bila bertemu dengan Allah. Menangis memohon ampun dariNYA. Menangis mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Allah!

Hampir seharian kami berjalan pusing satu bandar Cordoba, maghrib menjelma, Ahmad bawa kami untuk membeli tiket bas ke Medina Az Zahra esoknya.

Tiket bas berharga 8.50 euro sekali dengan harga masuk ke medina. Sekali lagi, dengan baik hatinya, Ahmad membawa kami untuk tunjuk tempat menunggu bas ke Medina sebab hanya ada dua tempat je basnya akan tunggu. Dia tak mahu kami semua terlepas bas gara-gara terlambat disebabkan mencari-cari bus stop ke Medina. Allah...baiknya hamba Allah ni. Memang tak rugi dia menjadi tour guide kami.

Akhirnya kami kembali ke square center untuk kami balik ke hostel kami.

Dari jam 12 tengah hari hingga jam 7 malam kami bersama Ahmad yang sabar melayan kerenah kami dalam bergambar, bertanya dan sebagainya. Sehinggakan Ahmad turut sekali berposing dengan kami. Ahhhh...bestnya dapat pusing satu bandar Cordoba. Kalau Ahmad tak jadi tour guide kami,belum tentu kami dapat pusing satu bandar Cordoba.

Kami berpisah di square tersebut. Moga Allah permudahkan urusan Ahmad. Dia sangat bagus. Sangat pemurah dengan ilmu. Malu diri sendiri yang sangat berkira dengan ilmu. Rasa sangat tak patut bayar 5 euro je kat dia.

Kami cepat-cepat beli air dan sedikit makanan di DIA market.Murah barang-barang kat situ. Air botol besar harga 0.2 euro saja. Tapi agak-agak la,bukan nak duduk lama, nama pun travel,walaupun murah,beli sekadar keperluan je.

Alhamdulillah selesai travel hari pertama kami di Cordoba.


1 FEBRUARI 2014

Hari kedua kami hanya kami khaskan untuk ke Medina Az zahra. Satu bandar di zaman Khalifah Abd Rahman III.

Kami keluar jam 10 pagi. Bersiap sekali untuk check-out. Luggage kami simpan di tempat simpanan luggage di hostel tersebut.

Berjalan ke bus stop. Menunggu hingga jam 11 pagi.

Medina Azzahra ni terletak di atas bukit Sierra Morera . Satu bandar yang punya istana, masjid, residence suatu masa dahulu. Dimusnahkan ketika Civil War. Hancur semuanya. Yang tinggal sekarang hanya 10% daripada keluasan keseluruhan bandar. Itu pun, hanya tapak yang tinggal.

Disebabkan masa yang agak suntuk, takut ditinggalkan bas untuk balik dari medina tersebut kami bergegas untuk mencari tapak masjid . Macam explorace rasa. Rupanya di hujung tapak masjid tersebut. Hanya dapat melihat dari jauh. Masjid kita yang pernah dimakmurkan suatu ketika dahulu hanya tinggal tapak selepas dimusnahkan. T.T




Jam 2.00 petang bas yang sama, bawa kami pulang. Berjalan ke arah hostel untuk mengambil luggage yang ditinggalkan. Sekali gus, meminta izin dari receptionist untuk kami solat di ruang lepak hostel.

Receiptionist sangat memahami dan membenarkan kami solat tapi sebaliknya dia yang risau takut kami tidak selesa untuk solat di situ memikirkan situ adalah tempat public dan boleh saja orang lalu lalang. But, it’s okay. Because there’s no people there. We ‘re decided to pray there.

Alhamdulillah,settle semuanya, kami bergerak ke bus stop mencari bas nombor 3 ke stesen bas Cordoba.

Tiket bas kami ke Seville jam 7 malam.

Pengalaman yang indah dan bermakna di Cordoba tak akan dilupakan. Pengajaran dari berjalan bersama Ahmad sungguh terkena pada diri sendiri. Ilmu.

Ilmu. Hanya satu perkataan tapi sangat bermakna. Sehinggakan wahyu pertama Allah turunkan ayat,

 “Iqra’ “

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan” [96:1]

Betapa ilmu sangat penting.

Thariq b Ziyad menakluk Andalusia pada usia 25 tahun dengan ilmu.

Muhammad Al Fateh membebaskan konstatantinopel pada usia 21 tahun dengan ilmu.


Rasa ingin menyumbang kepada Islam?

Tidak hanya yang dapat kita lakukan sekarang melainkan dengan ilmu.


 Usah dibaziri masa yang ada.
 Usah dibiari umur berlalu tanpa faedah.
Usah dibuangi peluang yang ada.

Topup dan Topup dan Topup diri dengan ilmu.

Ambil segala peluang di depan mata. Selagi hayat masih ada. Selagi kudrat masih kuat. Selagi kesihatan masih mengizinkan. Selagi Allah sentiasa bersama.

Jangan berkira dengan ilmu.

Itu satu point yang sangat-sangat mendalam yang kami peroleh dari travel kami selama 2 hari di Cordoba ini.

Moga Allah redhai jaulah kami.

Moga Allah berkati masa kami,ukhuwah kami dan ilmu yang kami peroleh dari berjalan di atas muka bumiNYA.

Moga jaulah ini membuka mata dan jiwa kami untuk tambah kecintaan kami kepada Islam.


<3 <3 <3


SEKIAN...









Tinta traveller,


MOHD RAZALI


-Travelog TREC-

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

1 comment:

  1. Syoknya anak-anak yang dapat pergi melancung serta dapat mengambil pengajaran di atas kemegahan, kejayaan dan kejatuhan kerajaan Andalusia. Bagi ibubapa di Malaysia hanya catatan perjalanan ini sahaja yang dapat dikecapi dan sama-sama berasa gembira atas peluang yang diperolehi oleh oleh anak-anak GEN11US.

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers