Bismillahirrahmanirrahim...
Pada 5 Mac 2014, BPI GEN11US dengan
kerjasama BPI PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) telah menganjurkan kelas tafaquh,
dengan membawakan tetamu khas yang tidak asing lagi di kalangan ahli PCK,
Syeikh Dr Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhour Al-Hasani. penampilan istimewa beliau yang mahir dalam
bidang tasawwuf, syariah dan lain-lain membuahkan kalam-kalam tausiah sesuai
untuk ahli PCK yang bakal memulakan sesi baru tidak lama lagi. bertempat di
Markas PERUBATAN Abou Risy, dengan kehadiran ahli-ahli PCK terdiri daripada
ikhwah dan akhowat.
Kelas tafaquh bermula pada jam 6.00 petang, dimulakan dengan bacaan qasidah secara berjemaah sambil menunggu kehadiran Syeikh Yusuf. Setibanya Syiekh Yusuf di Markas, beliau terus memulakan kelas dan kelas berlangsung selama 2 jam.
Kelas tafaquh bermula pada jam 6.00 petang, dimulakan dengan bacaan qasidah secara berjemaah sambil menunggu kehadiran Syeikh Yusuf. Setibanya Syiekh Yusuf di Markas, beliau terus memulakan kelas dan kelas berlangsung selama 2 jam.
Kelas tafaquh atau tausiah yang berkongsepkan
‘workshop’, Syeikh banyak mengajukan beberapa soalan kepada ahli PCK
selain memberi pengisian dan alhamdulillah mendapat sambutan baik dari semua
ahli. Kalam-kalam Syeikh Yusuf banyak memberi impak kepada ahli kerana banyak
menyentuh tentang tujuan hidup di dunia, iaitu sebagai jambatan ke akhirat.
Syeikh juga mengajak semua ahli PCK agar menghormati dan mematuhi arahan ibu
bapa selagi tidak bertentangan dengan syariat.
Selain
itu juga, ahli PCK juga diberi peluang untuk mengajukan beberapa soalan kepada
Syeikh dan diberi penerangan jelas oleh beliau bagi setiap soalan yang
diajukan. antara soalan yang menarik adalah berkenaan bagaimana ingin mimpikan
Rasulullah saw. Syeikh Yusuf menekankan sepotong ayat Al-Quran, Allah berfirman
yang bermaksud : “Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya di dalam dirimu ada
Rasulullah” [Al-Hujurot 49:7], jelas menerangkan beza antara ‘di dalam’ dan ‘di
antara’, menunjukkan Rasulullah sentiasa bersama kita selagi kita mengingati Baginda
dan menghayati cara hidup Baginda melalui pengamalan sunnah-sunnah. Syeikh juga
mengingatkan agar tidak hanya berharap berjumpa dengan Baginda melalui mimpi
tetapi berpeluang berjumpa Baginda di akhirat nanti.
Kelas tafaquh berakhir pada jam 8.30 malam.
tidak sempat menjamu dan menyampaikan cenderamata, Syeikh perlu bergegas pulang untuk menyelesaikan
urusan beliau. Kelas diakhiri dengan bacaan Al-Fatihah.
BPI GEN11US 2013/2014
0 comments: