Pada tanggal 21
Oktober 2014, di bawah anjuran Biro Akademik PCK dan Biro Akademik GEN11US,
sebuah program mega telah berjaya dijalankan di Markas Perubatan Abou Rish yang
diberi nama ‘Glow With Flow (GWF)’. Program ini
diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tahun 4 sebagai persediaan
awal. Selain itu, pelajar diharapkan agar dapat mencedok pengalaman dan
tips-tips kecemerlangan daripada senior. Program ini juga bertujuan bagi
menyuntik semangat dan motivasi bagi menghadapi hari-hari mendatang.
Majlis
bermula setelah selesai solat maghrib pada pukul 6.30 malam dengan bacaan Ummul
Kitab Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan oleh saudara pengerusi majlis, Mohd
Firdaus Rahim serta disusuli dengan tazkirah ringkas oleh saudara Nor Hizami
Bin Nordin.
Setelah
selesai tazkirah, maka berlangsunglah fokus utama program ini iaitu forum yang
dikendalikan oleh saudara moderator, Muhammad Fikri Bin Ismail dimana turut
membawakan panel-panel hebat dari tahun 5 iaitu saudara Mohd Mursyid B. Halim, saudari Anis Zarina
Binti Zarini dan saudari Rabiatul Adawiyah Binti Ahmad.
Forum
yang terbahagi kepada 3 pusingan ini telah berjaya dijalankan dengan membawa pelbagai
topik yang berbeza. Dalam forum ini, para panel telah menerangkan tentang subjek-subjek
yang akan dipelajari pada tahun 4 iaitu Forensic & Toxicology, Opthalmology,
ENT dan Community Medicine. Banyak
tips penting yang dikongsikan oleh senior yang dapat diaplikasikan bagi
kemudahan pembelajaran. Antaranya, pemilihan pen torch yang sesuai, pocketbook,
medad notes yang banyak membantu pelajar pada tahun klinikal.
Para
panel juga ada menyebut mengenai beberapa masalah yang sering dihadapi pelajar
apabila melangkah ke permulaan tahun klinikal iaitu tahun 4. Antaranya, masalah
komunikasi apabila berhadapan dengan pesakit disebabkan oleh rasa malu kerana
tidak mampu berbahasa arab dengan baik. Hal ini, perlu diatasi dengan
memberanikan diri untuk mempraktikkan ‘history taking’.
Forum berakhir
dengan penyampaian hadiah saguhati sebagai penghargaan kepada ketiga-tiga panel
oleh ketua batch GEN11US, saudara Mohd Aminuddin Bin Khalid dan timbalan ketua
batch, saudari Siti Nur Suhaila Binti Ramli. Program diteruskan dengan upacara
penyampaian hadiah bagi pelajar mumtaz dan menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan.
Program diteruskan
dengan slot pengenalan kepimpinan GEN11US sesi tahun 2014/2015. Slot ini dikendalikan oleh saudara Aminuddin sendiri di mana beliau menerangkan visi dan misi yang dibawa bagi sesi ini dan
berharap agar ahli GEN11US akan sama-sama merealisasikannya. Program disusuli dengan jamuan istimewa yang dimasak sendiri oleh barisan kepimpinan GEN11US.
Program berakhir kira-kira pukul 10.00 malam. Para pelajar diharap dapat mengambil intipati yang bermanfaat
seterusnya dapat diamalkan bagi menggapai kecemerlangan dan menyahut seruan
batch untuk ‘Sifar Rasib’ pada tahun ini.
Biro Akademik GEN11US 2014/2015
0 comments: