LIQA' BALLERS '14 : GEN11US BULEH !

in , ,

AJK Pelaksana Liqa Ballers

             Pada 2 November 2014, BSAL PCK telah mengadakan Kejohanan LIQA’ akhawat  di Nadi Abbasiyyah . Kejohanan ini majoritinya dikelolakan oleh ahli GEN11US sendiri. Objektif kejohanan ini adalah merapatkan ukhuwah antara ahli PCK, mencungkil bakat dalam bersukan serta mencari wakil PCK bagi PERUBATAN Sports Day yang berlangsung pada 21 November.

             Antara permainan yang dipertandingkan adalah bola keranjang dan bola tampar. GEN11US juga tidak terkecuali dalam menghantar pasukan untuk berentap dengan batch GENX serta GENEXIS. Perlawanan bermula pada 6 petang. Dalam masa yang sama diadakan juga jualan makanan daripada BIKON PCK dan juga PEACE buat santapan buka bagi mereka yang rata-ratanya berpuasa 9 Muharam pada hari itu.

             Setelah selesai semua pasukan berentap, akhirnya tiba majlis kemuncak iaitu majlis perasmian serta penyampaian hadiah.GEN11US dengan jayanya menjuarai kedua-dua perlawanan iaitu perlawanan bola tampar dan juga bola keranjang diikuti oleh GENEXIS  dan GENX.

 Dengan kerjasama semua ahli GEN11US baik pemain mahupun penyokong, GEN11US dinobatkan Batch Terbaik dalam Kejohanan LIQA’ tersebut . Majlis tamat pada pukul 9 malam. Akhawat GEN11US pulang dengan bas bersertakan musyrif yang disediakan oleh pihak JAKSI.

              Alhamdulillah, GEN11US pulang dengan hati yang gembira dan penuh bangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh para atlet batch kita. Haa zaa min fadli Rabbi.

Majulah GEN11US untuk ummah!

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers