MA2KULAT KE KULAT? #4: Steak Corner Grill & Cafe

in




Kat mana pulak Cik Boroi pergi kali ni? Teringin makan daging stik tapi balik-balik Spektra, Rostery, Steak Out. Jadi mulalah mencari restoren baru. Taip dekat Google- "Steak Cairo Egypt" (Kena tulis Egypt. Kalau tak, keluar tempat nama Cairo di US sana). Keluarlah nama restoren, Steak Corner Grill & Cafe. Haaa apa lagi! Tengok www.elmenus.com, murah lah jugak harganya dan nampak macam sedap. Maka, bermulalah ekspedisi makan!

Tempatnya di 99, Sharie' Nasr, New Maadi..jadi pergi dulu ke Metro Maadi dan ambil teksi ke sharie itu. Harga teksi dalam 8LE. Bolehlah. Restoren ni suasana macam ala-ala cottage yang kalau bayangkan, ada fireplace, kepala rusa, bulu beruang sebagai karpet. Jenis-jenis tempat gitu. Dengan cuaca luar yang sejuk dan jakun tengok pokok hijau dan rumput sekeliling restoren, terasa di bumi Mat Salleh pulak. Tapi, ada arab-arab dalam restoren tu.. ketawa, bershisha...terus penyek perasaan Cik Boroi fefeeling bumi Omputeh....

Menu makanan lebih kurang je dengan restoren stik lain. Atas sebab kelaparan yang tinggi, kami ambil Steak Corner Combo sebagai starter. Semua sedap kecuali Bom Cheese iaitu keju digumpal bulat dan goreng salut tepung. Pelik sebab keju mesir. Romi -.-

Cik Boroi ambil Beef fillet with pepper sauce. Bayangan saiz nya besar, sekali ehh...saiz macam Twinkies panjang. Tapi, tebal, sedap dan kenyang jadi tak apa, dimaafkan. First impression tu yang penting....dan si stik Twinkies  ni GAGAL rupa. Black pepper sauce dia sedap, siap ada corn peppers. 



Sandwich dia dan burger pun sedap. Apa entah nama, tak ingat. Nama-nama makanan dia bukan main bahasa perancis tapi tak ada deskripsi jadi bantai saje laaaa mana-mana.

Keseluruhan, Cik Boroi puas hati. Harga ok, perut konyang, tapi mungkin tak datang lagi, sebab rasanya, Steak Out lagi sedap. Kalau nak cuba tempat baru dan suasana lain, pergilah tempat ni.


GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers