Timur tengah dan Islam bukan lah suatu perkaitan yang asing bagi
masyarakat dunia. Rantau ini menjadi tumpuan para pelajar yang ingin mendalami
agama Islam kerana banyak institusi agama Islam yang terkenal dan terkemuka
serta banyak ulama yang lahir dari rantau ini. Islam di rantau ini adalah agama
yang masyhur yang menjadi rujukan pelbagai peringkat dalam struktur sosial
masyarakat di sini. Selain itu, Islam juga adalah entiti penting dalam kerajaan
tempatan untuk membuat polisi-polisi negara.
Walaupun negara di daerah ini kaya dengan sumber asli iaitu minyak,
namun pembangunan di daerah ini seolah-olah terbantut, tidak padan dengan kekayaan yang mereka miliki. Perang juga banyak berlaku antara
negara dan juga berlakunya perperangan dalam negara; perang saudara. Kadar
kemiskinan di daerah ini juga dikatakan amat tinggi.
Di negara membangun(developed country) tidak tersenarai pun satu negara
Islam. “Developed country” amatlah terkenal dengan sistem sekeluarisme,
seolah-olah menjadi bukti bahawa pengasinan agama dan pentadbiran negara
menjadi satu solusi untuk mencapai kemajuan negara. Seolah-olah agama ini
menjadi penhalang kemajuan.
Masalah yang timbul
Isu ini sebenarnya telah lama berlaku, jika dilihat dari susur jalur
sejarah, telah banyak kejadian yang menjadi bukti seolah-olah agama menjadi
penghalang kemajuan. Pertamanya, ingin saya bawakan masalah pada agama secara
umum, kemudian apa yang berlaku pada Islam.
1.
Sejarah dan agama
·
Pengaruh institusi agama dalam kehidupan di zaman
“dark age” yang mengawal masyarakat membuatkan mereka pada zaman itu hidup
tertindas dan mundur. Agamawan ini menggunakan agama untuk mengutip cukai untuk
keuntungan sendiri, mengiktiraf “feudal lord” dan raja supaya rakyat taat
kepada mereka dan menjual “indulgence”(surat pengampunan dosa) dengan senang
lenang.
·
Sejarah protestant menjadi bukti bahawa kongkongan
agamawan terhadap rakyat terlalu tinggi. Mereka menggunakan sijil pengampunan
dosa sebagai sumber pendapatan untuk mereka dan menyalah guna kuasa agama yang
ada pada paderi-paderi. Sesetengah gerakan protestant mengetengahkan idea
humanism dalam kristian dan membantah ajaran kristian yang dipesongkan oleh
paderi-paderi pada waktu itu. “Malpractice and flase doctrine” adalah dua element
yang utama dalam “protestant reformation”
·
Perpisahan King Henry VIII dengan naungan Pope di
Rome(catholic church) berlaku kerana tiga perkara : Prinsip yang berlainan,
strategi kewangan dan rakyat British yang menyokong ajaran protestant.
·
Idea yang popular, dibawa oleh Karl Marx iaitu “agama
candu kehidupan” juga mempunyai asas dalam isu ini. Disini didatangkan empat
bukti bagaimana agama itu dijadikan candu(painkiller) kepada buruh-buruh di
zaman peindustrian dahulu, yang menyebabkan buruh ini terus senyap dan tidak
bangkit melawan kezaliman dan penindasan dari pihak kapitalism ini.
I.
Agama menjanjikan syurga dengan kebahagiaan berpanjangan.
Engels berhujah bahawa kekuatan agama Kristian membujuk rakyat tertindas dengan
menjanjikan ‘keredaan Tuhan dan pembebasan daripada penderitaan di akhirat’.
Bayangan tentang syurga yang penuh kebahagiaan akan menjadikan kehidupan dunia
yang penuh sengsara mampu diharungi oleh masyarakat.
II.
Terdapat beberapa agama yang melihat penderitaan akibat
penindasan sebagai satu kemuliaan. Secara khusus, mereka yang bersabar dengan
derita yang dialami akan diberi ganjaran oleh Tuhan. Oleh sebab itu, agama
telah berfungsi menjadikan kemiskinan dan penderitaan boleh diterima dengan
baik dengan menjanjikan ganjaran untuk orang-orang yang sabar di akhirat kelak.
Sebagai contoh, ketika hari-hari awal Revolusi Perindustrian di England, para
kapitalis telah menggunakan agama untuk mengawal para buruh dengan menegaskan
bahawa agama sentiasa menganjurkan para buruh untuk bekerja keras dan bersungguh-sungguh.
III.
Agama menjanjikan campur tangan Tuhan untuk menyelesaikan
masalah dalam kehidupan manusia. Hal ini terjadi apabila agama menjanjikan masa
depan yang indah dalam kehidupan di dunia apabila tiba masanya. Bantuan Tuhan
akan datang dan semua orang akan hidup dalam kebahagiaan dan keamanan. Sebagai
contoh, penganut Jehovah Witness percaya bahawa suatu hari nanti, kuasa Tuhan
akan turun ke bumi dan akan mewujudkan ‘syurga di dunia’. Hal inilah yang telah
menyebabkan penderitaan hari ini dapat diterima, kerana agama menjadikan
manusia percaya bahawa suatu hari nanti Tuhan akan menjadikan dunia ini serba
bahagia.
IV.
Agama menjustifikasikan sistem sosial sedia ada dan kedudukan
seseorang individu di dalam sistem tersebut. Menurut Marx dan Engels, agama
menjadikan manusia percaya bahawa Tuhan menjadikan struktur sosial sedia ada
dan manusia diperintahkan untuk mengikutnya. Sebagai contoh, raja-raja pada
zaman pertengahan di Eropah menggunakan justifikasi agama untuk mengukuhkan
kekuasaan. Malah, jika kita tinjau zaman yang jauh lebih awal, Firaun telah pun
menggunakan justifikasi sebegini (ana rabbukum al-a’la; akulah Tuhan
kamu yang maha tinggi!) untuk membenarkan perbuatannya
Dengan
empat sebab inilah, kapitalisme mengambila kesempatan mengawal buruh dan
mengaut keuntungan untuk diri sendiri dalam keadaan negara yang kemunduran itu.
·
Kisah Galileo Galilei yang menyatakan bahawa bumi ini
bukan pusat galaksi telah mendapat tentangan daripada paderi-paderi kerana
bercanggah dengan ajaran agama mereka serta kisah-kisah yang lain seperti
menghukum mati bagi sesiapa yang berfikir tentang sains yang bertentangan
dengan ajaran mereka. Hari ini, kita tahu bahawa bumi bukan lah pusat bagi
galaksi ini, tetapi matahari. Ini menunjukkan bahawa agama menghalang penganutnya
berfikir dan membuat uji kaji(sains) yang mana tanpa fikir dan sains ini
bagaimana kita dapat mengembara ke angkasa lepas.
2.
Islam agama kebenaran
·
Jika kita menyatakan, bahawa agama-agama yang
menghalang kemajuan itu agama yang salah, agama Islam pun apa kurangnnya?
Rata-rata negara umat Islam dihimpit dengan kemiskinan, peperangan, korupsi dan
pelbagai lagi yang menyumbang kepada kejatuhan negara.
·
Seperti yang dinyatakan di awal pendahuluan, bahawa
sekularisme seolah-olah menjadi “secret recipe” untuk berjaya. Agama dan
kehidupan seharian perlu di pisahkan demi mencapai kemajuan.
·
Umat Islam di Malaysia, khususnya, saban tahun
membincangkan perkara-perkara yang tidak penting dan kecil seolah-olah agenda
pembangunan dan kemajuan diri dan negara tiada dalam diri masyarakat umat Islam
di Malaysia. Antara masalah dalam kelompok umat Islam sehingga menghalang
kemajuan :
I.
Mazhab : Pelbagai mazhab fiqh dan pemikiran telah
menghalang kesatuan untuk mencapai kemajuan. Sehingga kini terbit bibit-bibit
benci pada orang yang berlainan mazhab ini.
II.
Negara : Negara-negara Islam sama sendiri tidak boleh
bersatu hingga menyebabkan negara mudah dijatuhkan dan menjatuhkan satu sama
lain.
III.
“Resource & Tech” : Negara Islam kebanyakannya
kaya dengan sumber asli minyak, tetapi kita tidak punya kepakaran dalam
industri ini sendiri, sehinggakan pakar dari luar terpaksa dibawa untuk
menguruskan industri petroleum ini. Hasilnya kita bergantung pada pihak luar sehingga
kita malas untuk mengusai bidang ini, akhirnya ketinggalan.
IV.
Tidak boleh fikir : Sesetangah ayat dan suruhan dalam
Islam menyuruh kepada kepatuhan, apabila sesetengah orang bertanya kenapa,
disuruh ikut sahaja. Diam.
V.
Mundur : Negara Islam pada saat ini, mundur.
Terutamanya di kawasan timur tengah.
VI.
Kitaran isu saban tahun : Umat Islam suka bincang
perkara yang kecil dan tidak membuahkan hasil serta mengundangkan kepada
pergaduhan seperti isu doa awal dan akhir tahun, malam nifsu syaaban, tahlil,
politik(kotor). Dan isu ini akan berputar dari tahun ke tahun dengan jawapan dan
masalah yang sama. Isu korupsi, bagaimana hendak membangunkan negara? Tiada.
VII.
Perang.
·
Jika kita lihat negara yang membangun, semua masalah
ini tiada. Agama hanya di rumah-rumah ibadat sahaja, banyak peraturan agama
dilanggarnya demi mencapai kemajuan dalam negara.
·
Umat Islam, agama yang tidak menghalang kemajuan dari
sudut teorinya, kini seolah-olah menjadi pengahalang kemajuan pada sudut
praktikaliti.
Jawapan dan resolusi.
1. Agama yang menghalang dan mengekalkan keadaan
manusia dalam keadaan mundur dan papa adalah agama yang salah. Maka
kembalilah kepada agama Islam, agama kebenaran. Islam tidak pernah menghalang
umatnya untuk menjadi maju dan tidak menghalang umatnya untuk berfikir mengikut
panduan agama(namun berfikir secara berlebihan sehingga melanggar batas syarak
adalah dilarang, kerana ada sesuatu perkara yang dijadikan atau terjadi di
dunia ini melampaui batas logik akal untuk menghadamnya). Islam dan sains
adalah selari kerana Islam ini adalah agama yang diwahyukan bukan buatan dari
manusia dan sains juga ciptaan Tuhan.
2. Pembangunan tanpa agama juga dilarang kerana apa guna maju dari sudut material tapi dari sudut rohani kosong. Lari dari fitrah untuk beragama. Pembangunan tanpa panduan agama adalah ibarat memandu kereta di waktu malam tanpa memasang lampu. Kita sering mendengar di negara-negara maju, rakyat dia berperangai pelik dan kurang adab, ini kerana moral sudah hilang kerana tiada panduan rohani. Sekali lagi, agama yang mendidik rohani dan hati dengan sempurna adalah Islam, kerana Islam adalah agama fitrah.
3. Penguasaan ilmu perlu diperkasakan lagi dikalangan umat Islam. Malas adalah penyakit yang paling bahaya di kalangan umat Islam masa kini kerana terlalu selesa dengan kejayan nenek dan atuk. Sedangkan menuntut ilmu itu adalah satu fardu bagi umat Islam. Apabila kita mengusai ilmu, kebergantungan kita pada umat lain sudah tiada lagi. Dengan ilmu, kita mampu mengusai dunia dan menjadi maju. Maka ilmu kunci menjadi negara maju, agama menjadi kunci menjadi hati “maju”
4. Umat Islam perlu meninggalkan perkara sia-sia dalam kehidupan masing-masing, tinggalkan isu-isu yang tidak membawa keuntungan dalam hidup, tinggalkan persengketaan sesama muslim dan cari titik persamaan antara kita semua iaitu aqidah yang satu. Perpecahan adalah faktor utama kenapa umat Islam hari ini tidak maju dan sering ditindas. Bersatu teguh, bercerai roboh.
5. Musuh Islam pada saat ini, telah menlancarkan serangan pemikiran dan cuba menanam dalam akal penduduk dunia bahawa Islam ini adalah agama keganasan dan kemunduran melalui media massa seperti filem dan internet. Lebih menyedihkan ada di kalangan umat Islam ini percaya apa di propagandakan oleh musuh kita ini. Di sinilah ilmu dan iman memainkan peranan penting, menapis segala dogma dan stigma asing yang jelas menghina Islam dan dengan iman dan ilmu kita mampu menerangkan kepada orang ramai bahawa Islam adalah sebaliknya apa yang cuba musuh Islam ini bawa.
6. Salah faham dan cetek ilmu agama adalah satu
lagi punca kenapa kita semua masih berada di bawah serta bergaduh sama sendiri.
Solusinya adalah mendalami agama dengan baik. Ini penting agar salah faham
antara mazhab dan pendapat fiqh(saban tahun isu yang sama) dapat dirungkaikan.
Ukhuwah sesama muslim dapat dikukuhkan lagi dan agenda pembangunan dapat
dijalankan jika kita semua bersatu.
7. Kita semua mestilah tidak mempertuhankan
kelemahan. Sikap kita yang tidak berani mencuba sesuatu kerana kelemahan dan
ketakutan kita membuatkan kita ini “stagnant”
atau kekal menjadi lemah. Sikap suka menyalahkan orang lain jugak perlu
dijauhkan juga. Salah israel yang serang Palestine, salah Amerika yang serang
negara-negara Islam, tapi salah diri sendiri untuk pergi lebih maju supaya
tidak ditindas? Belum cuba belum tahu. “What doesn’t kill you, make you
stronger”. Maka jangan biarkan kelemahan kita menjadi penghalang kepada
kemajuan kita. Selepas kita berjaya mengatasi kelemahan dalam diri, kita
“unlock” fasa baru dalam hidup kita. Seterusnya menjadi komponen penting dalam
agenda kemajuan negara.
8. Jika kita perhatikan di zaman dark age, ini hanya lah berlaku di eropah dan kawasan sekelilingnya sahaja, tetapi di zaman tu, adalah zaman kegemilangan Islam di zaman Umayyah dan Abasiyyah. Pada zaman ini, banyak perkembangan ilmu dan pertejemahan ilmu dari yunani ke bahasa arab atau bahasa tempatan untuk kajian lanjut. Ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama kemajuan yang tidak menghalang umatnya untuk berfikir atau melibatkan diri dengan sains(sesetengah agama menghalang berfikir selain agama dan sains adalah salah disisi agama) bahkan mewajibkan umat Islam untuk menuntut ilmu, membuat kajian dan berbincang untuk percambahan ilmu seterusnya membawa kepada kemajuan dan peningkatan dalam semua bidang terutamanya teknologi. Percambahan ilmu dan teknologi dari dua khilafah Islamiyyah inilah yang membuka jalan kepada renaissance di eropah.
9. Akhir sekali, walaupun “cliché”, seseorang individu muslim mestilah menjadi lebih baik, mahasiswa muslim perlu mengusai bidang yang dia berada, seorang pekerja mestilah bersungguh-sungguh membuat kerja di amanahkan kepada dia dan seorang ketua negara harus berusaha menjadikan negara ini, negara muslim, negara yang maju. Maka apabila satu individu itu mengamalkan Islam dengan betul dan bersungguh dalam amalnya atau kerjanya, maka akan lahir masyarakat yang porduktif dan seterusnya negara yang maju. Kita umat Islam tidak boleh malas dan terus mencemarkan lagi nama baik Islam. Kerana sikap kita yang buruk dan jelik, tapi disebabkan kita ini muslim, yang buruk itu terpantul pada Islam. Ini semua menjauhkan orang kafir lagi daripada Islam.
8. Jika kita perhatikan di zaman dark age, ini hanya lah berlaku di eropah dan kawasan sekelilingnya sahaja, tetapi di zaman tu, adalah zaman kegemilangan Islam di zaman Umayyah dan Abasiyyah. Pada zaman ini, banyak perkembangan ilmu dan pertejemahan ilmu dari yunani ke bahasa arab atau bahasa tempatan untuk kajian lanjut. Ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama kemajuan yang tidak menghalang umatnya untuk berfikir atau melibatkan diri dengan sains(sesetengah agama menghalang berfikir selain agama dan sains adalah salah disisi agama) bahkan mewajibkan umat Islam untuk menuntut ilmu, membuat kajian dan berbincang untuk percambahan ilmu seterusnya membawa kepada kemajuan dan peningkatan dalam semua bidang terutamanya teknologi. Percambahan ilmu dan teknologi dari dua khilafah Islamiyyah inilah yang membuka jalan kepada renaissance di eropah.
9. Akhir sekali, walaupun “cliché”, seseorang individu muslim mestilah menjadi lebih baik, mahasiswa muslim perlu mengusai bidang yang dia berada, seorang pekerja mestilah bersungguh-sungguh membuat kerja di amanahkan kepada dia dan seorang ketua negara harus berusaha menjadikan negara ini, negara muslim, negara yang maju. Maka apabila satu individu itu mengamalkan Islam dengan betul dan bersungguh dalam amalnya atau kerjanya, maka akan lahir masyarakat yang porduktif dan seterusnya negara yang maju. Kita umat Islam tidak boleh malas dan terus mencemarkan lagi nama baik Islam. Kerana sikap kita yang buruk dan jelik, tapi disebabkan kita ini muslim, yang buruk itu terpantul pada Islam. Ini semua menjauhkan orang kafir lagi daripada Islam.
Kesimpulan
Islam dan kemajuan adalah satu entiti yang satu. Banyak dalil didalam
al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam untuk berfikir dan bersungguh dalam
perkara. Serta banyak juga bukti-bukti sains dan teknologi dalam al-Quran
sehingga kini ada yang telah dibuktikan dengan sains dan ada yang belum
dibuktikan lagi oleh sain kerana terlampau “maju” sehingga melampaui batas
fikiran manusia.
Muhammad Aqeel Shameem b Mohd Anuar
21 Mei 2015
Rujukan :
0 comments: