HADITH #13: PERSAUDARAAN

in



نعَوَسَلَّمَ عَلَيْهِ للهُا صَلَّى اللهِ رَسُوْلِ خَادِمِ، عَنْهُ الله رَضِىَ مَالِكٍ بْنِ أَنَسِ حَمْزَةَ أَبِي عَنْ
هارو ((لِنَفْسِهِ یُحِبُّ مَا لِأَخِيْهِ یُحِبَّ حَتَّى أَحَدُكُمْ یُؤْمِنُ لاَ)):  قَالَ وَسَلَّم عَلَيْهِ اللهُ صَلَّى النَّبِيِّ
.
ومسلم البخاري

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
           
Alhamdulillah segala syukur nikmat tuhan. Kerana mengizinkan saya untuk menulis entri dalam blog ini. Bukan  senang nak masukkan hasil penulisan dalam blog batch ni, hewhew.... sebab nenek saya cakap alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengannya. Alang-alang sudah diberi peluang adalah molek saya manfaatkannya. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh nenek saya sebentar tadi.

  
 Gambarajah 1 : penulis dengan khusyuknya sedang menulis karya

 
Gambar diatas adalah ralat sama sekali sebab penulis menaip bukan menulis. Guna lappy COMPAQ  kot.

Toyyib, cukup merapu dan berbalik-balik kepada topik perkongsian kita yang utama pada kali ini. Isinya cukup mudah dan  ringkas saya kirakan. Saya sendiri yakin entorang semestinya boleh paham dengan sekali baca sahaja, insyaAllah.

Tapi disebalik ringkas dan mudah tu janganlah kita ambil ringan je perkara ni. Sebab kita kena yakin bahawa segala apa yang Rasulullah SolallahuAlaihiWasalam sabdakan semuanya penting. Tiada yang penting melainkan penting-penting belaka ß ayat ini menunjukkan bahawa penegasan penaip tatkala ini amatlah tinggi.
  

Baca sekali lalu memanglah paham. Apa kata kita teliti satu persatu hadis ini. Di sini saya ‘hihghlight’kan tiga cabangan utama dari hadis ini

1.      Tidak beriman seseorang daripada kamu
2.      sehingga dia mengasihi saudaranya
3.      sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Mari kita selami dan kupas satu persatu hadis ni. Ulama membahaskan pada kalimahیُؤْمِنُ لاَdalam hadis ini apakah benar-benar yang dimaksudkan adalah tidak beriman yang mana mudah kita fahami iaitu kafir. Ia adalah sama sekali tidak yang dimaksudkan sedemikian. Tetapi apa yang Rasulullah SolallahuAlaihiWasalam cuba sampaikan adalah tidak sempurna iman seseorang mukmin itu sendiri.

Oleh yang demikian, bagaimana ingin kita sebagai mukmin untuk memperoleh  kesempurnaan iman itu dan persoalan ini telah pon terjawab pada kalimah yang seterusnya iaitu dengan mengasihi saudara(sesama islam)nya.

            “Lah mudah jer nak capai kesempurnaan iman ini, tak susah mana pon” kata Badiuzzaman kepada sahabatnya, Kamarol Jalil.

betul tu, aku setuju dengan kau” balas Kamarol Jalil bersahaja sambil menghirup perlahan-lahan air ‘shy’ yang baru dibuatnya itu sebentar tadi, panas.


Habis jer minum air shy itu mereka pon terus tertidur... zzz

Chop,chop!! Relax dulu bro. aku tak perabes terang lagi kot. Baru separuh kau dah menyampuk dah. Nak kena buat sesuatu amal itu kena ada cara, kena ada kaifiat baru capai matlamat. Jadinya, bagaimana ??? setakat sayang semua orang mampu meluahkan dengan kata-kata bahkan melalui www.twitter.com pon boleh diluahkan.

Caranya mudah ‘sayang kat dia sebagaimana kita sayang kat diri kita sendiri’ mudah bukan?? Caranya cukop mudah tetapi pelaksanaannya amatlah sukar sekali untuk diamalkan. #sigh =,=’ Lebih-lebih lagi, jika dan kalau diantara kita yang mempunyai epidemik mementingkan diri sendiri.(Nauzubillahi Min Zaalik)

Kat sini saya ada sebuah cerita yang mana saya kirakan amat berkait rapat dengan hadis ini. Moga-moga sifat dan sikap Bidin dan sahabatnya  ini dapat kita teladani.

Alkisah..



Di sebuah negeri yang bernama Selasih Juling terdapat seorang pemuda bernama Fadhli Bidin Bin Tuliman Kassim. Jernih kulitnyanya, rambut panjang bergulung-gulung,(maklumlah dah mahasiswa), pekat hitam berikal mayang, tinggi lampai orangnya, mata sepet dan capang pula telinganya. Handsome bukan??

Bidin boleh dikatakan antara “top scorer” di sekolahnya. Sebut sahaja nama Bidin satu sekolah mengenalinya. Maklumlah orang genius ni mestilah famous kan?? Selepas tamat pengajian di sekolah menengah, Bidin telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran bidang perubatan ke luar negara dan negara menjadi pilihan hatinya adalah negara Afghostan. Apa yang diimpikan selama ini untuk menjadi seorang doktor seolah-olah kini makin cerah.

Dibawah tajaan Majlis Perlindungan Awan(MPA), Budin berazam untuk berbakti kepada negaranya pabila beliau pulang kelak nanti, insyaAllah. Budin berasa sangat bersykur kerana elaun pengajian yang diperolehinya sudah lebih dari cukup untuk belanjawan bulanan beliau. Keadaan makin menggembirakannya apabila segala sara pengajian beliau adalah diluar tanggungan ibu bapanya, Encik Tuliman Kassim dan Puan Zaidah Zainab.

Bidin ni punyai seorang teman baik, Ramlan dari Negeri Jering Jelujur. Bidin dan Ramlan telah berkawan baik sejak dari pusat persediaan lagi iaitu di Internatinal Afghostan College(Intac), Shah Bandar. Keakraban mereka berdua ini amat erat sekali ibarat isi dan kuku. Sehinggakan sampai juga di pengetahuan pensyarah mereka sendiri iaitu Puan Fatima, yang mengajar mereka subjek Anatomy.


-Gambar sekadar hiasan-

Hasil persahabatan yang bertitikan Ar-rahim mereka pon jua tetap duduk serumah pabila berada di sini, bahkan sebilik tapi tidaklah sampai seselimut. Bidin sangat senang dengan tindakan Ramlan, begitu juga persaaan Ramlan terhadapnya. Rumah mereka tidak sesunyi mana pabila Samad, Meon dan Husni turut menghuni bersama.

Adat kebiasaan perantauan adalah memasak. Seminggu pertama tu hampir kesemua ingin ke dapur pabila menjelang petang, kononnya ingin menonjolkan bakat yang terpendam. “Trial and Error” adalah resepi utama dalam masakan mereka. Hari demi hari, minggu demi minggu hampir kesemua sudah sampai tahap master dalam bab memasak ni.

Akhirnya, Mat Husni Bin Zamri Buang dinobat rasmi sebagai ketua chef rumah. Menu ayam bakar pandan bersantan sehingga kini tiada siapa yang dapat tandinginya hatta mukminat batch mereka sendiri.


-sekali lagi : gambar sekadar hiasan-

Bila tiba sahaja giliran Husni memasak semestinya Ramlan sudah tersenyum sendirian sebaik sahaja kelas tamat pada hari tersebut. Maklumlah Ramlan ni selera makan dia ni tinggi sikit begitu juga nafsu minum dia ni. Memang tak sah kalau setiap hidangan tu tak disertakan sekali dengan Nesquickly Ais.
Pada mulanya mereka agak kekok untuk membina habitat di dalam Beit Yakult Munirah ini. Tapi apabila kesemua sudah paham tahap ukhuwah, akhirnya segalanya berakhir dengan kemudahan dan kebahagiaan.

Hampir setahun mereka sudah di negara Afghostan ini. Dan kini di bulan Yuneeyu (6), segala pelajaran mereka sudah berada di akhirnya, dalam erti kata lain peperiksaan akhir tahun mereka makin hampir hampir.

Tiga minggu yang dikurnia dimanfaat sebaik mungkin oleh mereka. Tiada masa lapang yang disia-siakan melainkan menyelak buku medic. Sungguh bagus perilaku mereka ini.(saya sendiri amat berharap dapat mencontohi mereka). Hari-hari yang dilalui saban hari adalah buku dan buku.
___________________________________

“Pagi itu indah seperti biasa, tidur yang lena” itulah bunyi jam loceng Bidin yang sentiasa meriuhkan Beit Yakult Mounirah ini apabila subuh menjelang. Dalam amai-amai cuba untuk menghilangkan ngantuk selepas solat subuh tiba-tiba...

“huuuuurrrk, huuuuurrrk, huuuuurrrk” memecah kesunyian. Suara itu semakin lama semakin kuat dan semakin menggusarkan Bidin. Bergegas dia cuba ke arah sumber suara itu. tanpa syak suara itu datang dari bilik Ramlan.

Pintu ditolak deras. Betapa terkejutnya Bidin apabila melihat Ramlan terkujur di atas tikar sejadah. Tekanan darah Bidin jatuh mendadak, seperti mekanisma Baroreceptor sudah tiada fungsinya lagi. Badan tinggi lampai Bidin seolah-seolah kaku untuk beberapa saat.

-kat sinilah Bidin terkulai layu-
“huuuuurrrk!!!” bunyi sesak nafas itu ditarik panjang memecah kekakuan Bidin. Segera Bidin mendapatkan Ramlan dan tanpa berfkir panjang dia menengking Meon yang masih tercegat di pintu untuk menelefon Ambulans.

Tengkingan Bidin itu jugalah yang menghentikan  “shock” si Meon. Segera dicengkam ipod 7 beliau dan mendail 54321(ini nombor telefon ambulan tu lah). Dengan menggunakan apps Viber Meon menghubungi Ambulans berdekatan. Mujur internet tiada berfungsi baik.


maaflah, tak dapat nak cari gambar ipod 7, gambar ipod 5 jer yang jumpa...

Selang beberapa minit... “Ning Nong Ning Nong” bergema semakin kuat dan . Deras tubuh Ramlan dikejarkan ke hospital. Perasaan mereka empat semakin resah tatkala ambulans itu lesap dari pandangan.

Hati Bidin semakin resah. Hati Bidin semakin tak menentu.dicuba menghilangkan keresahan itu dengan baca buku. Jelas, cara itu tak menjadi sama sekali.

Selang beberapa jam, Bidin bergegas ke Main Afghostan Hospital bersama 3 rakannnya yang lain. Puas menanyakan pekerja di sana akhirnya mereka jumpa juga katil Ramlan. Didapatinya Tubuh Ramlan masih terlantar.

Bidin cuba mengetahui penyakit yang dihadapi oleh teman baiknya. Doktor menjelaskan bahawa Ramlan telah menghidapi penyakit “Nepal Syrup Lemon Disease’’.

Menurut doktor penyakit ini adalah disebabkan wabak virus yang dibawa oleh virus Platipoos Equinavarus yang mana medium perebakan adalah melalui air minuman. Tidak hairanlah jika Ramlan dijangkiti virus ini, disebakan tabiatnya yang sangat suka minum air sahaja.

Menyedari muka sahabat-sahabat Ramlan seolah-seolah bermasam muka mendengari berita ini. Deras doktor mengatakan, “kalian jangan bersedih kerana penyakit ini ada penawarnya” dan menghabiskannya dialognya itu dengan lontaran senyuman yang amat menawan sekali. “buat masa ini, kamu semua jangan risau, Ramlan kini dalam keadaan stabil dan separuh sedar” sambung doktor tu lagi.
(Time ni doktor tu terang dalam bahasa Afghostan lah. Penulis mana paham bahasa Afghostan)

Menyedari Ramlan dalam keadaan koma, Samad menyampuk “ doktor, jangan lupa alihkan posisi sahabat saya itu ya, dikhuatiri si Ramlan tu mengalami Bedsore pula”. Sahabat lain memandang Samad pelik, dan doktor Arzuala hanya mampu tersenyum sahaja.

Ziarah mereka pada hari itu hanya sekadar ziarah kerana tiada respon positif yang mampu Ramlan lakukan.

Hari kedua juga sahabat-sahabat Ramlan masih menghadapi masalah yang sama. Bidin mula gusar jikalau Ramlan tiada kesempatan untuk menjawab kertas peperiksaan yang pertama kerana harinya makin hampir.

Pada hari kedua itu Bidin tertidur duduk sebelahan dengan lengan Ramlan. Manakala yang lain pilih untuk pulang. Fikir Bidin apa yang terjadi jika benda ini berlaku ke atas dirinya. Fikiran ini menjadikan Bidin semakin setia terhadap Ramlan ketika ini. Buku medik yang dibawa untuk dibaca sebelum tidur telah dijadikan alas. Bidin lena.

Tiba-tiba tangan Bidin digerakkan. Bidin tersedar. Betapa terkejutnya Bidin pabila mendapati Ramlan yang menggerakkan dia dari lena. Bidin terkesima bercampur bahagia. Segera dia mendapati teman-teman yang mengenai berita ini. Ramlan hanya mampu tersenyum melihat tingkah laku Bidin yang agak gelabah itu.

Tengahari itu, Ramlan didatangi sahabat yang lain. Bukan setakat itu sahaja ayam bakar pandan bersantan juga menjadi santapan bersama. Hati sayu Ramlan mula gugur melihat keprihatinan ahli beitnya itu. Sentap!

Air matanya seolah-olah mula ingin berlinang. Tetapi segera dikawalnya “jomlah makan bersama, nanti sejuk pula” suara sebak Ramlan memecah kesunyian. “herm’ mereka mengangguk tanda setuju.

Habis sahaja bersantap, Ramlan seakan kelihatan seperti mencari sesuatu. Yang lain juga menyedarinya. “air Nesquickly aku mana?” jerkah Ramlan.

p/s: untuk pengetahuan semua nesquik dan nesquickly adalah dua produk yang berbeza sama sekali


Samad beduk tengkuk Ramlan. “kau ni tak serik-serik ke hah?” bentaknya. “kau tahu tak sebab air yang tiada kualitilah kau terdampar kat sini” sambung Samad lagi. “Nah, minun air mineral Fresh ni, selamat dan suci” Samad seolah-olah membuat promosi.

Teman Samad ketawa berdekah melihat telatah layanannya terhadap Ramlan. Hari itu dipenuhi suka dalam duka buat mereka semua.Begitulah keadaan hospital tatkala Ramlan masih ditahan didalam wad.

Terkadang belajar di wad. Terkadang menjadi tenaga pengajar. Terkadang tidur dalam wad. Terkadang buku terjadi bantal. Terkadang makan bersama. Itulah gelagat sahabat-sahabat Ramlan ketika menunggu Ramlan untuk dibolehkan keluar dari wad.

Selepas beberapa hari barulah Ramlan dibenarkan pulang.Sungguhpon begitu, segala perbuatan Ramlan dikawal rapi oleh teman-temannya dengan harapan Ramlan akan sembuh dengan segera. Makanan dijaga, ubat dicakna, pelajaran dititikberatkan. Segalanya dilakukan oleh mereka bersama.

Ramlan dilayan seolah-olah seperti anak raja pada musim peperiksaan ini. Ramlan tersentuh dengan layanan sahabat-sahabat dia pada waktu sebegini.
_____________________

Sebulan setengah berlalu dalam sekelip mata sahaja. Apa-apa yang dilalui mereka dalam masa yang sangat singkat ini ibarat pertama dalam pertama. Pertama kali menghadapi peperiksaan besar di luar negara. Pertama kali juga study di dalam wad.

Doa tawakkal mereka terhadap Allah tak pernah putus setelah musim peperiksaan ini tiba di penghujungnya. Moga-moga apa yang diimpikan tercapai dengan hendak-Nya.
_______________________

Pada 5hb Aughustoos (8), keptusan peperiksaan mereka pon keluar. Syukur ke hadrat ilahi kerana kesemua diantara mereka lulus dengan jayanya dan dapat meneruskan pengajiannya pada sesi yang mendatang. Semoga apa yang telah mereka lalui selama ini menjadi penguat ukhuwah antara sesama mereka. InsyaAllah....

Konklusinya, saya harap semua dapatlah segala pengajaran yang tertera dalam kisah ini dan beramal dengan hadis yang ketiga belas ini.... “tidak  beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. “Selamat beramal... segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk juga datang dari Allah yang dimanifestasikan dalam diri saya...



-Program Hadis 40
-BPI GEN11US 2012-2013
            

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

3 comments:

  1. nepal syrup urine disease :p

    ReplyDelete
  2. good job untuk si penulis. Dalam kelakar ada runtunnya. Dalam kelakar masih terselit seribu makna.

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers