Sambutan majlis hari lahir

in


                Pada 22 Feburari 2012, Biro Sukan & Aktiviti Luar telah menganjurkan majlis ‘Sambutan Hari Lahir’ bagi pelajar akhawat Tahun 1 yang lahir dalam bulan Februari dan Mac di atas bot di Sungai Nil. Aktiviti yang melibatkan seluruh pelajar akhawat Tahun 1, Batch’11 ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terjalin antara pelajar perubatan Tahun 1 Universiti Kaherah, memupuk rasa kasih sayang antara sesama pelajar, meraikan hari-hari penting pelajar serta memberikan kesedaran bahawa kita hidup dalam satu kelompok ikatan, bukannya bersendirian, dan juga bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di Kaherah, Mesir.


suasana malam sungai Nil

di atas bot 

                Aktiviti tersebut bermula pada pukul 7.30 pm setelah semua pelajar berserta mushrif telah sampai di atas bot. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, laungan Asma Al-Husna serta ucapan daripada ketua (akhawat) Batch’11, Nusaibah Binti Abdullah. Majlis diteruskan dengan pengumuman nama-nama ‘Birthday Girls’ a.k.a Begedil, serta jamuan makan dan acara potong kek. Beberapa permainan juga dilaksanakan seperti permainan ‘Marry-Divorce’ dan sorakan. Majlis ‘Sambutan Hari Lahir’ mendapat sokongan para pelajar dengan usaha mereka menyumbang pelbagai jenis makanan selain daripada makanan yang sudah disediakan oleh AJK Batch’11. Majlis tersebut diakhiri dengan sesi bergambar.

menu makan utama: mee goreng special

salah satu daripada kek harijadi


                Majlis ‘Sambutan Hari Lahir’ telah dapat berjalan dengan lancar atas usaha dan sokongan semua pihak. Diharapkan agar Majlis tersebut mencapai objektif dan matlamat, serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang turut mendapat sambutan dan sokongan semuapihak.

terima kasih juga kepada musyrif-musyrif yang terlibat.



Disediakan oleh,






(FAIRUZ NABILAH BINTI BORHANUDIN)
AJK BIRO SUKAN & AKTIVITI LUAR,
TAHUN 1 BATCH’11 PERUBATAN,
UNIVERSITI KAHERAH.

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

1 comment:

  1. alhamdulillah..
    usaha yg bgus..
    harap ukhuwah antra kita smakin rapat..
    ukhuwah till jannah..
    *harapn buat sahabiah2 akhawat,
    agar kte dpt manjaga diri n akhlak..
    malu dgn arab cruise..
    semacam mrk usha..

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers