Bismillahirrahmanirrahim..
“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR Bukhari)
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” -AlBaqarah:183
Bagaikan mimpi, Bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini…
Bagaikan mimpi, Sudah separuh Ramadhan telah berlalu…
Bagaikan mimpi, Masih dapat merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini…
Bagaikan mimpi, Allah masih memberi hidayah kepada kita untuk beribadat kepadaNYA…
Bagaikan mimpi, Masih dapat meneruskan ibadah terawih yang tiada di bulan lain…
Bagaikan mimpi, Masih berpeluang untuk merasai nikmat sahur yang punya keberkatan di dalamnya…
Bagaikan mimpi, Allah mengabulkan doa kita semua untuk bertemu Ramadhan pada kali ini…
Kerana ….
Ada yang tidak sempat bertemunya dek kerana telah pergi dahulu bertemu Ilahi…
Ada yang dapat bertemunya tetapi tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dek kerana kesihatan yang tidak mengizinkan…
Ada juga yang dapat bertemunya tetapi masih tidak punya hidayah untuk berusaha merebut ganjaran2 yang ditawarkan…
Allah~
OH! My Skema….
Back to normal ..please! OKAY!...
Bukankah tu semua nikmat2 yang Allah berikan kepada kita???
Bukankah kita ni semua tak punya apa2 , tapi selalu sangat sombong dengan Allah? Please, don’t do!!
Bukankah kita juga yang minta dipanjangkan umur supaya dapat bertemu dengan Ramadhan akan datang?
***Flash back 1 year ago***
“Ya Allah, ketemukan aku dengan Ramadhan yang akan datang…” (nangis2, berdoa…)
***********
Tapi, bila Allah makbulkan doa kita… Bila Allah panjangkan umur kita … Bila Allah bagi peluang kepada kita untuk berjumpa, ber’dating’, bercinta dengan Ramadhan kali ini,
Apa tindakan yang kita lakukan?
Tersedar dari mimpi atau terus dibuai ulit2 mimpi yang tak tahu di mana kesudahannya?
Atau
Terus tersedar, lantas terus sahut seruan Allah ‘supaya kamu bertaqwa’ ?
Atau
Masih tak sedar2? Terus melayan nafsu sendiri…
So???
Jom, muhasabah diri balik… Setakat mana sudah pecutan kita di pertengahan awal 10 Ramadhan ni?
Atau,
Masih belum bermula pecutan kita? Kerana menganggap ia masih panjang lagi untuk sampai ke penghujung…
Oh! TIDAK!!! Ajal tak mengenal usia.. Hidayah tak tahu siapa yang bakal menerimanya.. Masa tak akan pernah berpatah balik kepada kita…
Sekali terlepas, segalanya rugi.. Rugi bukan pada orang lain tapi diri kita sendiri. Siapa???
DIRI SENDIRI!!!!
Wishlist Ramadhan :
Jom, sama2 pulun habis-habisan! Setahun sekali jeeeee….
* Usaha bangun malam
* Bersahur – jangan liat2
* Solat subuh berjemaah – kalau di bulan lain susah dengan alasan bangun lewat, dah bangun sahur, tak kan lewat lagi kottt…
* Tilawah AlQuran – niat nak khatam jom! At least once in Ramadhan…
* Dhuha – usaha jangan tinggal jom!
* Perbanyakkan solat sunat – sunat rawatib pun boleh berlatih!
* Lakukan perkara yang bermanfaat- Jauhi perkara sia-sia – Masa ni la nak latih diri!
* Berterawih di malam hari - Usaha buat 20 rakaat bagi yang mampu. Sementara umur masih muda, badan masih kuat, apa salahnya, buat lebih sikit. Dari kecik, asyik buat 8 je,bila nak meningkat.. Dah la setahun sekali je. Bulan lain, tak ada terawih… ^___^ (bodek2)
Haaa.. cukup la kot naa… Kita sama2 cuba istiqomah dengan apa yang kita dah lakukan sekarang.. Kalau dah boleh maintain, buat lah peningkatan..
Akhirnya, nak minta sama2 pulun sungguh2 kejar ganjaran2 yang tak ada di bulan lain melainkan hanya dalam Ramadhan. Best tau, segala amalan yang dilakukan, Allah lipatgandakan pahala. Kan seronok tuuu.. ^__^ (bodek sekali lagi)
Dah la syaitan2 semua dibelenggu, so, tak ada alasan untuk kita malas nak pertingkatkan diri untuk jadi lebih baik..
Kalau masih malas tu, itu adalah salah sendiri kerana masih terbawa2 dengan tabiat lama dan nafsu yang menguasai.
Ayuh! Sama2 berdoa sungguh2 minta syurga dan dijauhi neraka nau’zubillah.. Kan Ramadhan, Allah buka pintu syurga seluas-luasnya dan tutup pintu neraka serapat-rapatnya..
So, let’s GRAB all the OPPORTUNITIES !!!
Only in Ramadhan!!!
“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As Syafie)
RAMADHAN KAREEM
Fustateleven ®
0 comments: