Ramadhan Dua Benua

in


MM [Malaysia-Mesir]
Dulu penah timbul isu, 'ikhwah akhawat MM [mouniera mouniera]' nak kawen. *tetiba

Menjejak fasa ke dua ramadhan. Fasa keampunan.  Dan dari dulu diulang-ulang akan 3 fasa ini.
- Kerahmatan
- Keampunan
- Kebebasan dari api neraka

Dan ramadhan bukan bulan yang biasa-biasa. Tapi mengapa kita merasa hambar?
Hambar untuk merasa bulan yang sangat special ini.
Detik dan masa berlalu. Tetapi rutin seakan seperti biasa. Cuma mungkin terasa istimewa, dek kerana sekarang fatrah cuti.

Kalau dulu mengaji mungkin satu muka, fatrah exam katanya. sekarang mungkin 5 muka. Tapi hakikatnya dan sebenarnya, kita mampu untuk 10. Kan?
Mungkin perlu di'bold'kan, pada bulan ini sehuruf ayat quran dibaca akan dilipat gandakan sehingga SEPULUH!. Ya, SEPULUH kali. Tak tipu. Tapi hati ini, tak merasa itu satu keuntungan yang perlu dilabur, kan?

Sering bermonolog diri, ‘Haish, ruginya wahai diri. Tapi malas masih bermaharajalela’
Keluhan demi keluhan juga terus bermaharajalela.
Malas itu kerana banyaknya dosa - quoted. Dush.
 Semakin malas diri, semakin banyak rupanya dosa diri ini – level detected. Astaghfirullah.

Ramadhan yang diuji.
Malaysia.
Ujian 1.
Makanan
Diuji jugak sebenarnya balik time2 sebegini. Dahler lama tak jumpa makanan Malaysia. Means makanan ayaq tangan bonda ayahanda. [ayahanda? iya ayahanda]. Sampai KLIA baham makanan luar. Malamnya satay kajang. Iftar esoknya lazat. Lusanya masak best lagi. Mungkin kesian pada si anak yang lama tak rasa air tangannya. Heh. Tulatnya pula iftar di kampung. Pun makcik makcik masak makanan feberet kita. Meraikan katanya.
Hai. Haq perut terlangsai. Malah terover dan terlebih. Istighfar lagi. *sebak kemenyesalan*

Monolog hati, ‘kalau ulama, orang yang betul merasakan ramadhan dalam hati, tak makan banyak-banyak. Makan banyak punca gelap hati. Makan banyak juga punca jadi malas.’
Argh dilema. Ramadhan, saya betul nak hargai anda tapi kali ini, betul diuji. T.T

Ujian 2.
Jetlag.
Bukanlah ujian yang major tapi kehadirannya sebagai ujian tidak dapat dinafi. Cabaran untuk mengamalkan sunnah nabi. Iya berpagi-pagian yang padanya banyak rezeki di subuh hari. Paling tidak mengambil fadhilat sinar matahari vit D. Dhuha paling lewat 30 minit sebelum zuhur, maka insha Allah sempat. takkan korang bangun dekat-dekat asar? herm.
Kita? Student oversea, duk berjetlag di pagi hari.
Alasan nak bagi nampak baik, takpe, kalau kat mesir pun digalakkan untuk tak tidur malam. Hidupkan malam kata para asatizah. Lagi-lagi satu per tiga malam. Nak tidur. tidurlah lepas subuh atau dhuha.
Yang berjetlag terasa dibela. Erk.
Apapun, hidupkanlah malam sebaiknya. Ingatkan diri, malam bulan ramadhan tak sama dengan malam bulan lain.

Ujian 3.
Shopping
Raya. Kami dan kita yang dah besar ini memang arif serta tahu raya itu hanya picisan. Tapi tak dapat tidak, kita harus jugak mengikut arus-bahawa perlunya persediaan untuk 1 lebaran. *sengih.alasan lagi.
Hari ini shopping kasut. Maklumlah kasut sudah robak dek kerana ke-taff-an di bumi mesir. Pakcik yang bekerja di KLIA pandang semacam. Appearance atas dah *subhanallah*, pandang kasut *err*
Habis mall sekitar ditawaf. Tak kena citarasa katanya. Ramadhan sekali, syawal pun sekali. Kena pakai hensem-hensem, cantik-cantik, baru orang kampung berminat nak sambung blajaq ke Mesir. Nampak haibah dan izzah gitu. Haish.kalau alasan memang seribu.
Dan sedar-sedar, ‘oh dah dekat nak berbukak’ -.-
…dan masa yang penuh kerahmatan terbuang lagi. 
Tak campoq shopping kain baju lagi. Pin-pin dan kerudung. Semuanya harus ditunaikan saat ini. Oh ini juga betul ujian.

Ujian 4.
Surrounding
Jauh dari biah yang mentarbiyah. Kini biah praktikal. Kalau di Mesir mungkin rasa produktif. Kelas sini sana. Kalau malas, kawan tag kat fesbuk, ajak pi kelas. Otomatik, rasa tersemangat. *ceh. Alhamdulillah nikmat sahabat mengajak ke arah kebaikan. Malaysia? Uh. 

‘Habis terawih, futsal jom! lama dok jumpa geng.'
Ini ukhwah, perlu dijaga. Ok. Accepted.

‘Ditambah lagi akhawat yang berstatus ABC’
Susah untuk menghadirkan rasa ubudiyyah apabila tidak diizinkan untuk bersujud di rumahNya. Hurm.
 Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?     [Al-ankabut : 2] 


Dush. Bijakkanlah diri kita. Diri ini jugak selalu fail tapi takkan kita hanya nak membiarkan Ramadhan ini lesu. Ramadhan yang sekadar dicanangkan keistimewaannya namun tidak terasa.

Amr Khaled, seorang penceramah dan penulis terkemuka, telah menyimpulkan satu rumus yang berguna sebagai peringatan bagi kita semua:
PEMUDA + WAKTU KOSONG = AWAL MAKSIAT

Dipetik dari laman web isma. Saya bukan budak isma, tapi saya juga bukan anti isma.
Mohon ini bukan isu sensitif. Btw, artikelnya selalu bermanfaat. Tak salah kita berkongsi ilmu kan?

Sengaja nak mention perkara-perkara tersebut sebagai ujian. *grinned*
Yang penting, jangan duk berhibernasi. Bantu family ka. Ingatkan diri kita yang selalu alpa, pada dunia yang dijejak ini lah dunia yang ‘sana’ akan terhasil. Bergantung pada cara mana kita mencelupkan diri kita.

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٥
     
NICE
Dan antara pengisian ust azam hari tu, perbanyakkanlah membaca quran.
...dan ada jiwa-jiwa yang sedar sedang pulun serta marathon quran.

Ramadhan Mesir.
Dengaq ceghita ramadhan di sana best. Meriah dengan kawan-kawan. Beriftar dari beit ke beit. Dulu time study week susah nak jumpa kini jumpa sampai jemu. Malamnya bertewarih beramai-ramai. Musyrif setia di hadapan bagi menjaga keselamatan. Lagaknya agak macho. Hakikat sebenar..*errr krik2*
Musyrif yang teman berterawih pulangnya karang status kat fb. Katanya umpama pulang dari bazar. Ragam bulan ramadhan. Nampak seronok di situ. Seolah terasa, akulah sang perantau., jauh dari keluarga tapi tetap gembira. Ngeh.

Ramadhan orang sana ~
best
saya rasa terisi setiap hari n bahagia
seriously
kadang2 fikir tahun depan taknak balik. haha

***
tapi sini kan banyak akt dengan senior
so banyak senior yg best
yg selama ni kita tak kenal
haha
saya g attachment kelmarin [untungler!]
hehe
ambik history
tengok procedure
sepatutnye bdk 3rd and 4th year je

okay, sampai sini je c/p.
and love this point,
'sy nok kenal dunia biar org xkenal sy pun. haha.'
makcik, semoga ianya tertunai. J

Pastu orang yang duk Malaysia mesti reply, ‘balik Malaysia pun boleh kenal dunia lar’. Erk.
Tak kesahla. The point is, dia nak rasa banyak pengalaman .
Dan, orang di Mesir sekarang sibuk bershantah ramadhan. Kita pulak berbazar ramadhan. Berbezanya kita. 
Apa yang kita miliki, terhad.
Apa yang tidak kita miliki, infiniti.
So, memikirkan perkara yang infiniti sungguh, ia akan meletihkan.
Maka bersyukurlah.

Tajdid niat.
Semoga fadhilat ramadhan ini akan mencelupkan aku dengan celupanMu. AMEEN

Manfaatkanlah detik Ramadhan kita.
Ini bukan setakat bulan 7 mahupun bulan 8.
Ini adalah Ramadhan.
Ya, Ramadhan.
Ramadhan.
 لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan ini, fasa keampunan. Garab peluang ini untuk segala perkara yang pernah kita kesalkan.
Ayuh, bersihkan buku catatan kita.

Ps:scroll down news feed di FB, Mesir diuji. Dan bukan hanya Mesir. Kekejaman tanpa perikemanusiaan. Di Malaysia pun banyak kes jenayah. Bunuh sembarangan, libas samurai bagai. Tajuk header, ‘jenayah ganas semakin panas’ *sigh* Terbaru, masjid Khalid Al-Walid di Syria telah dimusnahkan! Apa yang dibimbangkan, kita melihat isu dan hal tersebut tanpa rasa apa-apa. Ya, tanpa rasa apa-apa. Hanya, ‘oh...’ kemudian rancak. Serius, rasa nak menempelak diri tatkala tak rasa apa-apa bila keizzahan Islam dicabar. Cuma saling mengingatkan, ini isu ummah. Doakan mereka. Mana tahu, suatu masa, kita yang memerlukan doa mereka. Menghindarkan diri dari perkara yang sia-sia juga adalah petanda kita bersyukur..

اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعفو عنا
يا ارحم الرحمين فاعفو عنا

[bP]

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

4 comments:

  1. nice.keep it up.terubat di kala tiada karya abe ijau.

    :abe ijau fenklab:

    ReplyDelete
  2. syukran bP
    moga sama2 mantap ditarbiyah ramadhan khasnya buat MM yg nak kawen tu..
    ramadhan kareem!

    ReplyDelete
  3. famous juga MM ni.. smpai mksud article. hebat!

    nice article! betul2 belaka yg dinyatakan..berada dimana ujian tetap ada..diri sndiri kena pndai handle dan kawal nafsu tu..

    keep it up! =)

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers