Bismillahirrahmanirrahim..
“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR Bukhari)
Sun. Sol. Sonne. Shams. Surya. Soleil. Punya makna seiring. Itu namaku. Siapa sangka aku bakal punya tiga anak aneh dalam hidupku. Tiga karekter yang berbeza, tiga jalan kekeliruan yang berbeza. Hatta saat kutulis ini, anak-anak aku masih bertarung dengan kekeliruannya. Terutama dia. Aku pernah terfikir, apakah perbezaan ini satu tanda baik?
Aku pernah diramal mati, tapi kini aku masih disini. Apakah tujuan aku hidup ini untuk mereka? Apa yang Dia mahu aku lakukan? Yang sekarang sudah aku sediakan ini mencukupikah? Hentakan kaki semakin kuat menghampiri bilik tempat aku duduk: menulis bibit akhir hidupku. Prodigi, kembalikan sejarah dahulu, sejarah gemilang Rasulmu. Biar halus biar berselirat asal jangan menipu untuk gapai matlamat.
Abdouh, maafkan aku. Ajalku mungkin sahaja sampai di sini. BANG!! Pintu hancur. Iskandar? Mehmet? Kenapa? Ego wanita gagah dicarik naluri lembut ibu. Mata yang tadi kuat menahan tangis kini bercucuran. “Lepaskan mereka. Tolong. Lepaskan mereka!!” jeritku separuh meraung mengemis nyawa intan payungku.
Sial. Hanya senyum menyeringai menjadi balasan tangisanku. Maruah ku dilumat. Aku bangkit berlari merapati dua tubuh kecil. PANG!! Mata Iskandar bulat memandangku. Dia jatuh dalam dakapan, panas tanganku dengan lumuran darah sang genius kecil. AARGGHHH!!
Demi Allah!! Haram darah anak ini keatas kau kuda Yahudi! Simpatetik mula menguasai diri, aku cuba merampas Mehmet yang menangis dalam tangan tentera badut. “ALLAHU AKBAR!!” teriak batin kuluahkan dengan teriakan suaraku. Aku nampak raut cuak pada lelaki itu. PANG!! Perit. Rebah. Aku tak berdaya YaAllah. Aku tak berdaya Abdouh. Sangkaan ku anak kita selamat. Mana Along? Mana Along? Along…
Di saat mataku kabur, aku nampak Mehmet dihenyak-henyak. Oh Tuhan. Kejamnya mereka.
Kejamnya mereka. Sungguh hebat kuasa wang. Mataku semakin kabur. Ya. Aku tahu syurga menanti anak-anakku. Tapi layakkah mereka diperlakukan sebegitu? Mahalnya harga perjuangan. Mahalnya harga syurga.
*sial bukan intepretasi carutan dalam suasana ini. tetapi ekspresi marah yang teramat dalam satu perkataan singkat
#BerdoaUntukMesir #BerdoaUntukSyria #BerdoaUntukPalestin #BerdoaUntukIslam
"Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As-Syafie)
[AnAA]
Fustateleven®
0 comments: